June 25th, 2020

Setiap orang pasti mempunyai rutin penjagaan wajah yang tersendiri mengikut keadaan kulit masing-masing kan? Tapi ada kalanya, rasa macam ianya kurang berkesan untuk selesaikan masalah kulit wajah anda. Mungkin anda perlu semak semula rutin yang anda lakukan tu sama ada ianya betul-betul efektif untuk dapatkan kulit wajah bebas tanpa masalah.

Malahan, time-time ni juga ramai yang ada masalah kulit breakout sampai dah tak tahu nak buat macam mana! Anda pasti tak percaya jika kami katakana, lima rutin penjagaan wajah ini boleh membantu anda selesaikan masalah kulit wajah.

Double cleansing

A picture containing person, man, woman, wedding Description automatically generated

Jangan memandang ringan dengan rutin ‘double cleansing’ ini kerana ianya terbukti berkesan membantu atasi masalah kulit berjerawat. Rutin ini mula mendapat perhatian ramai selepas ianya popular dipraktikkan oleh wanita di Korea.

Seperti namanya, ‘double cleansing’ memerlukan anda mencuci wajah sebanyak dua kali menggunakan dua jenis pencuci berbeza.

Di mana pertama sekali menggunakan pencuci muka tanpa buih dan berasaskan minyak seperti oil cleanser atau cleansing balm. Manakala, cucian kedua menggunakan water-based cleanser seperti pencuci muka yang anda sering gunakan. Barulah kulit bersih dan bebas daripada kotoran dan jerawat!

Tuala muka

A white towel Description automatically generated

Kesilapan lazim yang selalu dilakukan adalah apabila anda menggunakan tuala yang sama bagi mengeringkan muka dan badan. Tabiat buruk ini boleh meningkatkan risiko jerawat pada muka kerana kotoran yang terdapat pada tuala. Sebaiknya, gunakan tuala yang berasingan dan dikhaskan untuk mengelap muka. Walaupun nampak leceh, tapi anda pasti akan nampak perbezaannya!

Minum air secukupnya

A glass of water Description automatically generated

Dah bermacam-macam cara anda lakukan untuk atasi masalah kulit tetapi semuanya masih tak berkesan? Mungkin inilah masanya untuk anda jadikan rutin minum air sebagai rutin harian anda. Bunyinya memang klise tapi jika anda tidak minum air dengan cukup, kulit wajah boleh menjadi kering. Kunci untuk dapatkan kulit wajah sihat berseri adalah dengan memastikan kulit sentiasa lembap dan bebas daripada masalah kulit kering!

Tukar sarung bantal

A picture containing person, indoor, man, clothing Description automatically generated

Ahli dermatologi mengesyorkan untuk menukar sarung bantal dan tempat tidur anda sekurang-kurangnya sekali seminggu lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit berjerawat dan berminyak. Ada juga yang mencadangkan penggunaan sarung bantal baru setiap hari terutama untuk yang mempunyai masalah jerawat yang teruk.

Masker muka

Selain daripada minum air secukupnya, pemakaian masker muka setiap hari mampu menyelesaikan masalah kulit kering. Kalau anda nak tahu, kitaran sel kulit iaitu satu proses dimana sel kulit yang baru “dilahirkan” setiap 28 hari secara purata pada lapisan kulit yang paling bawah. Pada masa inilah penting untuk anda amalkan rutin penjagaan wajah yang baik untuk kulit.

Selain melembapkan kulit wajah, penggunaan masker muka setiap hari boleh mengeluarkan kotoran yang melekat dan minyak yang berlebihan untuk menghasilkan kulit yang benar-benar bersih dan pori-pori yang lebih ketat. Yang paling penting, ianya juga cepat dan mudah!

Tetapi bukan semua jenis masker muka sesuai untuk kegunaan harian terutamanya jika ia mengandungi glycolic acid yang boleh memberikan kesan iritasi pada wajah. Masker muka yang mempunyai kandungan exfoliating acid juga terlalu ‘kuat’ untuk digunakan setiap hari.

Untuk pastikan kesihatan kulit wajah anda, pastikan anda menggunakan masker muka yang mengandungi bahan semulajadi dan diperbuat daripada bahan yang selamat untuk digunakan setiap hari. Tak perlu susah-susah, gunakan saja masker muka dari WonderDewi yang selamat untuk kegunaan harian!

Pakai setiap hari, wajah anggun bagai dewi!

A picture containing box, sitting, book, paper Description automatically generated

Nak dapatkan wajah anggun bagai dewi? Guna sahaja masker muka dari WonderDewi lengkap dengan set yang anda boleh gunakan setiap hari! WonderDewi merupakan jenama pertama keluaran WonderLab, yang memberikan tumpuan kepada penjagaan kulit dan kecantikan khusus buat remaja dan wanita di Malaysia.

Masker muka WonderDewi didatangkan dengan empat variasi iaitu Dewi Hydro, Dewi Bright, Dewi Soothe dan Dewi Repair. Nak tahu apa beza keempat-empat ni?

Dewi Hydro – untuk melembapkan kulit dan memberikan penghidratan lebih lama

Dewi Bright – untuk mencerahkan dan memperbaiki warna kulit tidak sekata

Dewi Soothe – untuk menenangkan dan melegakan kulit sensitif

Dewi Repair – khusus untuk menguatkan keanjalan kulit

Masker muka WonderDewi menggunakan formulasi terbaharu dari Korea yang dirumus dengan bahan semula jadi, tulen serta disahkan selamat oleh pakar kulit. Ia direka 100% daripada lembaran selulosa yang menghasilkan kadar iritasi rendah buat sifat kulit yang lebih cenderung kepada menyerap kelembapan dari udara sekitar.

A close up of a card Description automatically generated

Apa yang bestnya, masker muka WonderDewi ni didatangkan dalam pek kombo 7 Hari, 14 Hari dan 28 Hari untuk rutin wajah mengikut kitaran sel kulit manusia.

Jadi, kini dengan WonderDewi GOOODPlan,anda ada pilihan sama ada untuk memlih langganan bulanan untuk Wonder Kit 14 Hari atau 28 Hari. Kalau buat kira-kira balik, memang lagi berbaloi, dan yang paling penting, anda dapat menggunakan masker muka setiap hari.

Cerita pasal penjimatan, kalau anda semua nak tahu, sekeping masker muka ada RM10, tetapi dengan pelan langganan bulanan WonderDewi ini anda hanya membayar RM5.36 untuk sekeping Wonder Kit 14 Hari dan RM4.82 untuk sekeping Wonder Kit 28 Hari. Lagi banyak anda beli, lagi murah!

Tambahan pula, menerusi langanan Wonder Kit 14 Hari atau 28 Hari, anda boleh menikmati khidmat penghantaran terus ke rumah anda secara percuma.

A group of people posing for the camera Description automatically generated

Inilah masanya untuk anda sertai Aisha Liyana, Pika Zambry, Princess Meenie dan Mysara dalam merasai sendiri kehebatan masker WonderDewi untuk membekalkan nutrisi pada kulit wajah anda. Kalau anda nak tahu, ada lebih 100 KOL yang sudah sama-sama mencuba masker muka WonderDewi ni dan kongsikannya di sosial media mereka. Jadi anda dah tahu lah, ini rupanya rahsia mereka kekalkan penjagaan kulit wajah!

Anda tengok sendiri lah video review daripada Noel Faizal ni yang dah cuba sendiri masker muka WonderDewi. Katanya selepas pakai masker muka WonderDewi ni setiap hari selama tiga minggu, dia sendiri dapat rasakan perbezaan pada kulit wajahnya. Tak percaya? Jom tengok video di bawah ni.

Makin tak sabar pulak rasanya nak cuba kan? Untuk tahu lebih lagi mengenai masker muka WonderDewi ni, anda boleh layari laman sesawang WonderLab dan ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram rasmi. Masker muka WonderDewi ni memang ‘Pakai Setiap Hari, Wajah Anggun Bagai Dewi!’

Berminat? Kalau dah minat tu kami nak bagi tawaran diskaun 10% dengan kod promo DewiBeautifulNara untuk pembelian bernilai lebih RM100 bagi produk WonderLab. Selain itu, anda juga boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% dan PERCUMA facial oil 50ml (bernilai RM50) dengan pembelian lebih RM200.

Tapi ingat, kedua-dua promosi ini memerlukan sekurang-kurangnya satu pembelian produk WonderDewi. Promosi khas dengan kod promo ini hanya sah sehingga 30 Jun sahaja, jadi jangan tunggu lama-lama!


3 responses to “Dalam Banyak-banyak Petua, Yang Satu ni Wajib Korang Amalkan”

  1. Ainna says:

    Saya agent Wonder Dewi sheet mask. Boleh contact sy utk order 011-28106997

  2. Anonymous says:

    Banyak sangat iklan compared to stories. Tak macam dulu. You are losing readers. Bye.

  3. Cikgu Badar says:

    Info yang bermanfaat

Leave a Reply to Ainna Cancel reply

Loading...