“Dalam Bab Cegah Kehamilan, Lelaki Lepas Tanggungjawab Sepenuhnya”

Trending

“Dalam Bab Cegah Kehamilan, Lelaki Lepas Tanggungjawab Sepenuhnya”

Saya bersalin secara caesar. Sepanjang enam bulan selepas bersalin, saya yang bersungguh-sungguh mencegah kehamilan, saya ambil pil perancang, tapi sebabkan atas faktor kesihatan, saya berhenti ambil dan merancang untuk mengambil suntikan depo/ merancang untuk rancang sendiri.

Tak sempat rancang, hamil kerana suami tak beri kerjasama

Belum sempat ambil suntikan, kini saya hamil kembali. Puncanya saya tak dapat kerjasama dari pihak suami. Saya kecewa dan rasa tertipu sebab sebelum ni suami bersungguh-sungguh kata nak bantu merancang. Tapi suami ambil mudah.

Advertisement

Kini bayi saya berusia tujuh bulan, dan saya hamil empat minggu. Saya stres, saya tak bersedia. Saya risau pada risiko yang bakal saya hadapi memandangkan saya caesar sebelum ini. Saya rasa tertekan sebab saya rasa suami seperti tak kasihankan saya yang baru lepas bersalin caesar. Saya rasa saya tak kuat lagi untuk harungi proses mengandung dan bersalin memandangkan saya penah meroyan (post partum deppression type 2) ketika dalam berpantang.

Bolehkah ibu-ibu beri semangat pada saya?

Kenapa hanya perempuan perlu bertindak dan berusaha merancang?

Adakah bila isteri-isteri mengandung dan gagal merancang semuanya salah isteri? Mana tanggungjawab dan belas kasihan seorang suami yang sepatutnya sama-sama memberikan kerjasama?

Mengandung perempuan. Beranak perempuan. Berpantang perempuan. Mengandung je dah sembilan bulan, berpantang 100 hari =tiga bulan, jadi keseluruhan jangka masa untuk seorang anak adalah setahun.

Lepas tu, tiga bulan bersih, termengandung balik.

Orang lelaki senang. Buat lawak cakap “accident”. Ketawa. Tapi penah tak nak fahami apa yang isteri rasa? Luar dalam tak sembuh elok pun lagi, tiba-tiba nak kena harung balik another one year from a – z.

Dari beranak sampai merancang semua nak isteri yang ambil langkah. Nak suruh perempuan yang jaga. Perempuan yang take action. Perempuan yang kena ambil langkah mencegah.

Suami? Tak nak berkorban. Tak nak bagi kerjasama. Suruh pakai protection? Mahal. Tak sempat beli. Suruh “buang” luar? Alah, tak sedap. Tak puas.

Memang merancang ni tanggungjawab isteri seorang sahaja ke?

Saya berpendapat, di hospital-hospital atau KK, lepas bersalin, doktor dan misi-misi bukan sahaja kena sekolahkan ibu sahaja dalam bab merancang ni. Tapi si bapa juga perlu disekolahkan. Sebab lelaki suka ambil mudah/buat main benda-benda macam ni.

Memang la anak tu rezeki. Amanah. Tapi nyawa dan kesihatan isteri tu pun amanah jugak. – disunting untuk amazingnara.com

Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...