Vial di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Emir S Hendry yang berkongsi kisah keperitan yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki dan keluarganya.
Menerusi ciapan tersebut, lelaki yang bernama Ridzuan itu dipercayai sudah hampir 2 bulan tidak dibayar gaji oleh syarikat dimana dia bekerja.
Malah, gaji setiap bulan yang diterima daripada syarikat itu juga sering tidak mencukupi dan terkurang sebanyak RM 400 hingga RM 600.
Bila dia tanya pasal gaji, company terus buang.
Lebih menyedihkan apabila Ridzuan juga mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan keperluan seperti susu dan pampers yang dianggarkan kos sebanyak RM100 sebulan.
Namun kini, dia dan keluarga hanya bergantung hidup dengan sedikit baki daripada gaji yang terdapat di dalam akaun bank.
Dalam akaun untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 je..
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan majikan serta syarikat lelaki itu bekerja kerana bersikap tidak prihatin terhadap pekerja mereka.
Semoga company yang buat zalim dekat pak cik ni melingkup dan bankrup – netizen.
“Majikan macam ni memang tempatnya esok kat neraka la. Kau dah kerah tenaga orang separuh mati, time bayar gaji kau naya orang,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.