“Dalam Agama Ada Bahagian Dipanggil Malu Dengan Dosa” – PU Riz Titip Peringatan Buat Wanita Tidak Menutup Aurat

Hiburan

“Dalam Agama Ada Bahagian Dipanggil Malu Dengan Dosa” – PU Riz Titip Peringatan Buat Wanita Tidak Menutup Aurat

Pendakwah selebriti, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tampil memberikan teguran buat para wanita yang tidak menutup aurat.

Ujar suami kepada Neelofa ini, tidak wajar untuk seseorang itu menafikan tuntutan Allah S.W.T.

Advertisement

Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’, kita manusia tak lari dari kesilapan.

Tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

Kita semua pun buat dosa, tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tambahnya lagi, dia bukan berniat untuk menghukum mana-mana pihak namun hanya ingin memberikan peringatan secara terbuka.

Belajarlah, jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan saja. Kalau rasa perasaan dan hati jadi sandaran semata-mata, memang akan binasa hidup ini. Syariat tuhan hadir bagi membimbing manusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi nafi cukur kening
2 months ago

Kening Tipis, Abby Abadi Nafi Ubah Ciptaan Allah - "Saya Tahu Benda Itu Dilaknat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...