Dalam 1 Jam, Pemuda Jepun Dan Sukarelawan Ini Berjaya Kumpul 32Kg Sampah Sekitar Cyberjaya!

Trending

Dalam 1 Jam, Pemuda Jepun Dan Sukarelawan Ini Berjaya Kumpul 32Kg Sampah Sekitar Cyberjaya!

Aktiviti gotong-royong ini merupakan perkara yang patut dijadikan rutin harian, selain memupuk sikap untuk menjaga kebersihan, alam sekitar juga akan lebih terjaga.

Baru-baru ini perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu Nana@Cyberjaya telah mencuri tumpuan ramai pihak dek kerajinan beliau dan rakannya mengutip sampah di sebuah taman.

Lebih mengagumkan apabila dia merupakan pemuda yang berasal dari Jepun tau!

Advertisement

“Saya orang Jepun yang tinggal di Cyberjaya. Saya suka menjadi sukarelawan untuk kerja2 amal. Saya sangat suka Malaysia. Sayangi Malaysiaku. Malaysia boleh!”

Nana di laman Twitter ada memuat naik beberapa keping gambar aktiviti mengutip sampah bersama rakan-rakan sukarelawannya. Banyak juga yang dapat dikutip.

Pemuda Jepun kutip sampah

Kali ini, kutipan Nana dan rakan memang patut dipuji kerana berjaya mengutip sampah seberat kira-kira 32 kilogram dalam masa sejam sahaja. Pantas!

Menurut Nana, mereka telah berjaya mengutip kira-kira 59 buah botol plastik, 10 tin minuman, 14 batang straw plastik, 21 cawan plastik, 17 botol kaca dan 97 tali pemotong rumput.

Lebih menarik lagi apabila jumlah yang berjaya dikutip itu adalah hasil kerajinan sukarelawan seramai 14 orang yang sangat tekun dan gigih demi negara tercinta.

Pun begitu, dalam banyak-banyak sampah yang dikumpulkan, rupanya sampah yang paling banyak sekali ialah puntung rokok sehingga mencecah 168 batang. Fuh, nampaknya masih ramai perokok tegar.

Pemuda jepun kutip sampah di cyberjaya

Jika difikir-fikir, ini baru sahaja Cyberjaya Mini Park,jika dikutip di seluruh Cyberjaya 12, atau wilayah Cyberjaya? Agaknya berapa ratus lah sampah yang boleh dikutip.

pemuda jepun kutip sampah di cybercaya

Apa-apa pun, semangat mereka haruslah dipuji, walaupun berasal dari negara lain, dia berjaya mengekalkan sifat pembersihnya itu di Malaysia. Salute!

Sama-samalah kita memupuk semangat cintakan alam sekitar ya, barulah layak dijadikan negara contoh nanti.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...