Aktiviti gotong-royong ini merupakan perkara yang patut dijadikan rutin harian, selain memupuk sikap untuk menjaga kebersihan, alam sekitar juga akan lebih terjaga.
Baru-baru ini perkongsian seorang pengguna Twitter iaitu Nana@Cyberjaya telah mencuri tumpuan ramai pihak dek kerajinan beliau dan rakannya mengutip sampah di sebuah taman.
Lebih mengagumkan apabila dia merupakan pemuda yang berasal dari Jepun tau!
“Saya orang Jepun yang tinggal di Cyberjaya. Saya suka menjadi sukarelawan untuk kerja2 amal. Saya sangat suka Malaysia. Sayangi Malaysiaku. Malaysia boleh!”
Nana di laman Twitter ada memuat naik beberapa keping gambar aktiviti mengutip sampah bersama rakan-rakan sukarelawannya. Banyak juga yang dapat dikutip.
Kali ini, kutipan Nana dan rakan memang patut dipuji kerana berjaya mengutip sampah seberat kira-kira 32 kilogram dalam masa sejam sahaja. Pantas!
Thank you for joining our Clean-up.
We managed to collect 32kg of general waste within an hour.Let’s make Cyberjaya lebih bersih & hijau? pic.twitter.com/OrybeftLJg
— Nana@Cyberjaya ?????? (@NanaCyber2) April 10, 2021
Menurut Nana, mereka telah berjaya mengutip kira-kira 59 buah botol plastik, 10 tin minuman, 14 batang straw plastik, 21 cawan plastik, 17 botol kaca dan 97 tali pemotong rumput.
Lebih menarik lagi apabila jumlah yang berjaya dikutip itu adalah hasil kerajinan sukarelawan seramai 14 orang yang sangat tekun dan gigih demi negara tercinta.
Pun begitu, dalam banyak-banyak sampah yang dikumpulkan, rupanya sampah yang paling banyak sekali ialah puntung rokok sehingga mencecah 168 batang. Fuh, nampaknya masih ramai perokok tegar.
Jika difikir-fikir, ini baru sahaja Cyberjaya Mini Park,jika dikutip di seluruh Cyberjaya 12, atau wilayah Cyberjaya? Agaknya berapa ratus lah sampah yang boleh dikutip.
Apa-apa pun, semangat mereka haruslah dipuji, walaupun berasal dari negara lain, dia berjaya mengekalkan sifat pembersihnya itu di Malaysia. Salute!
Sama-samalah kita memupuk semangat cintakan alam sekitar ya, barulah layak dijadikan negara contoh nanti.