February 25th, 2019

Konsert jelajah penyanyi kumpulan wanita dari Korea, BLACKPINK di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu mendapat sambutan luar biasa. Bagaimanapun, seperti yang anda semua tahu pelakon Abby Abadi ada menyuarakan pandangan beliau mengenai konsert itu dan kurang senang melihat imej seksi kumpulan tersebut yang tidak mendapat bantahan dari mana-mana pihak.

Kerana kenyataan itu, Abby dikecam teruk oleh netizen dan ada yang mengungkit masa silam Abby yang pernah berpakain seksi ketika aktif dalam bidang nyanyian bersama kumpulan Elite.

Isu viral ini turut mendapat perhatian penyanyi rap Caprice yang dikenali dengan siri video beliau mengulas tentang isu semasa.Kata Caprice, pada satu tahap seseorang itu akan berubah dan tidak semestinya mereka akan terus meminati sesebuah kumpulan artis selama-lamanya, begitulah juga dengan imej seseorang.

Tidak hanya berdiam diri, Abby tampil memberikan respon terhadap teguran Carpice dan menyatakan rasa terkilan kerana kenyataan asal beliau sudah disalah erti. Abby menasihati Caprice untuk fahamkan dahulu apa yang beliau maksudkan sebelum memuat naik sebarang video.

Setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu perkara tetapi bukan semua yang ingin dikatakan itu harus diluahkan di media sosial. Ada kalanya lebih baik untuk simpan dalam hati sahaja agar tiada pihak yang tersinggung.  Apa pula komen anda?


118 responses to “Dakwah Hebat Tapi Rajin Condemn Semua Isu- Abby Abadi Respon Teguran Caprice Mengenai Isu Blackpink”

  1. Hamba Allah says:

    Terserlah mentality org PH, bila baca komen kat sini. Disebabkan diaorg ingat Abby penyokong PAS, terus mengutuk beramai-ramai apa org tu cakap. Terus lari topik. Walaupun dia pernah mengata-ngata PAS, tapi aku sebagai penyokong PAS takde le terus nak kutuk dia. Cuba fahamkan isu yang dia nak sampaikan. Dia tegur pasal isu takde peraturan yang standard. Nak menyokong tu berpada-pada le. Jangan sampai terus tak boleh berfikir dengan waras.

  2. saodah says:

    Abby ni sebenarnya nak condemn PAS sebab dulu PAS yang paling kuat menentang kemungkaran. Tapi bila Blackpink, PAS x buat pulak demo. SO, Abby sebagai bekas PAS dan telah menyertai PAN mempersoalkan sikap double standard PAS dalam hal ini. PAN takpe sebab PAN kan kerajaan…
    Lagipon laki Abby dulu pernah keje dengan HARAKAH. Mesti la dia tahu duit 90 juta tu. Tapi tiba2 SPRM umumkan PAS tidak pernah menerima 90 juta seperti didakwa. Amacam kak Arbaiyah? Nak taubat dulu ke sebab fitnah PAS pasal duit tu. Cuba tanya laki ko dulu kak.

    • Anonymous says:

      bukn PAS pun pegang Selangor. Kalau Pas pegang Selangor boleh lah nk condem PAS.

    • Hamba Allah says:

      Terserlah mentality org PH, bila baca komen kat sini. Disebabkan diaorg ingat Abby penyokong PAS, terus mengutuk beramai-ramai apa org tu cakap. Terus lari topik. Walaupun dia pernah mengata-ngata PAS, tapi aku sebagai penyokong PAS takde le terus nak kutuk dia. Cuba fahamkan isu yang dia nak sampaikan. Dia tegur pasal isu takde peraturan yang standard. Nak menyokong tu berpada-pada le. Jangan sampai terus tak boleh berfikir dengan waras.

  3. Anonymous says:

    Caprice bekap pompuan cantik je…

  4. Anonymous says:

    Caprice ni tegur org cam bgs tp video klip ko pn perempuan bikini…dh ala2 cam mat saleh…caprice ni laa sbnrnye penunggang agama…islam liberal…

  5. Anonymous says:

    jangan di layan kertu ni….mcm korang layan suhaimi.

Loading...