Konsert jelajah penyanyi kumpulan wanita dari Korea, BLACKPINK di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu mendapat sambutan luar biasa. Bagaimanapun, seperti yang anda semua tahu pelakon Abby Abadi ada menyuarakan pandangan beliau mengenai konsert itu dan kurang senang melihat imej seksi kumpulan tersebut yang tidak mendapat bantahan dari mana-mana pihak.
Kerana kenyataan itu, Abby dikecam teruk oleh netizen dan ada yang mengungkit masa silam Abby yang pernah berpakain seksi ketika aktif dalam bidang nyanyian bersama kumpulan Elite.
Isu viral ini turut mendapat perhatian penyanyi rap Caprice yang dikenali dengan siri video beliau mengulas tentang isu semasa.Kata Caprice, pada satu tahap seseorang itu akan berubah dan tidak semestinya mereka akan terus meminati sesebuah kumpulan artis selama-lamanya, begitulah juga dengan imej seseorang.
View this post on InstagramAdvertisement
Tidak hanya berdiam diri, Abby tampil memberikan respon terhadap teguran Carpice dan menyatakan rasa terkilan kerana kenyataan asal beliau sudah disalah erti. Abby menasihati Caprice untuk fahamkan dahulu apa yang beliau maksudkan sebelum memuat naik sebarang video.
Setiap orang berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu perkara tetapi bukan semua yang ingin dikatakan itu harus diluahkan di media sosial. Ada kalanya lebih baik untuk simpan dalam hati sahaja agar tiada pihak yang tersinggung. Apa pula komen anda?

Nanoon
February 28, 2019 at 1:52 pm
Abby … bkn mdh brhdpn dgn org yg tidak memahami niat baik..awk… org akn kaitkan dgn masa lalu awk… mngajak bnda2 baik ini akn bnyk mlukakan awak tp PERCAYA ALLAH…. niat baik baiklah jadinya. Bertabahlh dlm perjuangan.
milah
February 26, 2019 at 4:43 pm
memang double standard pun….artis mat salleh tu dtg kemain lg masing2… buat solat hajat bagai…takut bencana…yang kali ni menari pakai spender jek x takot pulak bencana datang…. mamat kapcai ni pun konon2 nak komen tp x kena tempat…
budget baguss… cukuplah pakcik bawang ko nak komen… org x perlu dan xnak dgr pun ko komen apa…untuk abby abadi, lain kali nak komen jangan berkias… komen terang2 biar pakcik2 bawang macam kapcai ni pahammm….
aku
February 26, 2019 at 12:20 pm
caprice ni yang awek dia kaw kaw guard kan? erk.. huhuhu