“Dakwaan Vaksin Penyebab Kanser Adalah Fitnah, Penyebar Perlu Belajar Lagi” – Dr Imelda

Trending

“Dakwaan Vaksin Penyebab Kanser Adalah Fitnah, Penyebar Perlu Belajar Lagi” – Dr Imelda

Ada jenis kanser yang berpunca daripada virus yang menyebabkan sel badan bertukar menjadi sel kanser. Sekarang kita gunakan vaksin untuk mencegah beberapa jenis kanser, dengan merangsangkan badan kita melawan virus itu. HPV vaksin ialah salah satu daripadanya yang boleh mencegah cervical cancer.

Ketahuilah yang badan kita sentiasa menggunakan immune system kekebalan badan untuk melawan virus yang menyebabkan kanser, mengelakkan sel badan bertukar menjadi sel kanser, menyerang dan mematikan sel kanser sebelum mereka merebak.

Advertisement

Ini berlaku setiap hari dalam kehidupan kita.

Ini lah salah satu sebabnya bila kita semakin tua, kita juga lebih cenderung mendapat kanser, terutamanya jika immune sistem kekebalan badan menjadi lemah. Ini juga sebabnya kenapa pesakit HIV yang mendapat AIDS juga lebih cenderung mendapat penyakit barah.

Sila lihat keputusan kajian perubatan ini yang menggunakan vaksin untuk merawat barah paru-paru.

Inilah dinamakan vaksin immunoterapi atau rawatan vaksin untuk membantu immune sistem. Seramai 3986 pesakit barah paru-paru terlibat di dalam 11 kajian antarabangsa menyeluruh yang berpiawai tinggi.

Keputusannya membuktikan yang kumpulan pesakit barah paru-paru yang mendapat vaksin ini hidup lebih lama daripada kumpulan pesakit barah paru-paru yang tidak dapat rawatan vaksin ini. Perbezaannya sangatlah ketara, dan terbukti secara analisa statistik.

Sila kongsi maklumat ini luas-luas, supaya penyebar fitnah belajar dengan lebih mendalam tentang vaksin dan hentikan fitnah yang boleh merosakkan keyakinan masyarakat terhadap vaksin yang digalakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terima kasih.

Kredit : Prof Dr Imelda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...