Kalau sebelum ini, Abang Nara ada keluarkan artikel mengenai Hanez Suraya yang dikatakan meniru stail selebriti lain. Selebriti lain yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan si cantik manis, Nur Fazura. Secara jujur, kalau anda melihat gambar-gambar Hanez dan Fazura, memang ada sedikit persamaan antara mereka berdua. Namun tidaklah sampai keliru mana satu Hanez dan mana satu Fazura.
Menerusi Harian Metro hari ini, Hanez Suraya diminta memberikan komen mengenai sindiran Fazura yang kononnya ditujukan kepada dirinya. Kata Hanez:-
Saya tak tahu nak komen dan tak berani cakap lebih sebab saya tak nampak benda itu. Dia tak sebut nama pun dalam sindiran itu, jadi saya tak berani nak jawab. Nanti tak pasal-pasal bergaduh pula.
Saya tidak sempat baca atau lihat kenyataan yang dikeluarkan itu. Seingat saya, kami tak pernah ada masalah sebab hubungan kami okey saja selama ini.
Bagi Abang Nara, biasalah kadang-kadang ada persamaan dalam penampilan dan imej. Mungkin rujukan yang digunakan oleh Fazura dan Hanez Suraya ketika berfesyen adalah rujukan yang sama. Kalau memang sesuai dan tampak menawan dengan penampilan sebegitu, apa salahnya kan? Asalkan jangan sampai tahap tak boleh beza sudah la. Hehehe.
P.S: Hebatnya www.esgesee.com ini yang menawarkan fesyen terkini dari Korea secara borong. Kesemua produk adalah “ready stock”, hanya memerlukan 1 hari untuk penghantaran ke Malaysia dan ada menyediakan khidmat dropship untuk para peniaga online. Anda tak perlu ke Kenanga Wholesale City kerana harga yang ditawarkan Esgesee ini lebih murah. Terbaik bukan? Layari www.esgesee.com sekarang jugak!!!