Baru-baru ini, chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan menerusi perkongsian di Instagram mendedahkan tidak mengetahui mengenai perkahwinan anaknya, Serina. Chef Wan mendakwa Serina telah berkahwin di negara seberang namun tuduhan tersebut disangkal anak.
Terbaru, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menerusi laporan Kosmo! berkata, pegawai polis berpangkat inspektor yang dikaitkan dengan perkahwinan Serina Redzuawan tidak bertugas di Kontinjen Perak.
Katanya, sejak 2019 pegawai berkenaan telah ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sebagai pegawai di Bahagian D8 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Sebelum ini, pegawai terbabit bertugas di Perak sebagai pegawai trafik namun telah bertukar ke Kontinjen Perlis pada 2019.
Saya difahamkan, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka oleh Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perlis ke atas pegawai terbabit kerana tidak memohon (kepada jabatan) untuk berkahwin kali kedua.
Tambah Mior lagi, dalam situasi itu tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai terbabit jika siasatan mendapati dia tidak memohon kebenaran jabatan untuk berkahwin dua.
Bergantung kepada siasatan (bentuk hukuman). Bagaimanapun, saya tidak mahu komen lanjut isu ini kerana siasatan dijalankan JIPS Perlis.
Beliau difahamkan perkahwinan pasangan terbabit didaftarkan secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia masih berstatus isteri yang sah ketika suaminya berkahwin dengan pelakon, Serina. Dakwa wanita itu lagi, suaminya dipercayai telah menikah secara senyap di Perlis pada pertengahan Februari manakala dia diceraikan pada 9 Mac lalu.