Dakwaan Tiada Staff Bertugas Di Unit Kecemasan Adalah Tidak Benar

Trending

Dakwaan Tiada Staff Bertugas Di Unit Kecemasan Adalah Tidak Benar

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menyangkal dakwaan seorang pengguna Facebook yang mendakwa ketiadaan staf bertugas di Unit Kecemasan Hospital Yan. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati dakwaan itu adalah tidak benar kerana pada hari kejadian, pesakit menjalani saringan pada 3.50 pagi dan dikategorikan sebagai kes zon hijau, iaitu tidak kritikal.

Advertisement

Keadaan Kecemasan di Hospital Kerajaan Mengikut Zon

“Masa menunggu untuk kes hijau adalah 90 minit, pengadu diberikan perawatan awal pada jam 4.30 pagi oleh penolong pegawai perubatan (PPP), di mana kes itu dirujuk untuk rawatan lanjut oleh pegawai perubatan dan dirawat pada 5.00 pagi,” katanya.

Menurutnya, pengadu diberikan rawatan sejurus pegawai perubatan selesai memberikan rawatan kecemasan terhadap dua kes di zon merah, iaitu kes kritikal.

“Dakwaan tiada staf bertugas sehingga menimbulkan persoalan ‘tidoq ka’, seperti tular di laman sosial adalah tidak benar,” katanya.

Dr Norhizan berkata, sekiranya terdapat kes kecemasan yang dirawat terutama melibatkan dua kes pada satu masa di hospital daerah, semua ahli pasukan bertungkus lumus untuk menyelamat nyawa bagi kes kritikal.

“Oleh itu, staf akan bertugas di ruang yang tidak dapat dilihat oleh pesakit yang menunggu di ruang menunggu bagi kes-kes hijau,” katanya.

Menurutnya, pihak hospital berusaha menghubungi pengadu bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Kami berharap pengadu dapat menghubungi Pengarah Hospital Yan, Dr Mithali Abdullah di talian 04-4655333 untuk penjelasan,” katanya.

Sementara, Dr Mithali berkata, tidak berlaku kelewatan dalam merawat pesakit seperti didakwa.

“Seramai enam pesakit lain disaring dan didaftarkan dari 3.15 pagi hingga 5.37 pagi oleh petugas di kaunter pendaftaran, sekaligus menafikan dakwaan konon tiada staf bertugas. Dua pesakit kritikal dan lima pesakit separa kritikal sedang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan pada masa itu,” katanya.

Katanya, pesakit kritikal dan pesakit separa kritikal diberikan keutamaan dalam perawatan kecemasan.

Sementara, pemilik akaun FB tersebut dalam status terbaharunya memuat naik status memohon maaf atas tindakannya memuat naik status yang mengecam perkhidmatan Hospital Yan sehingga tular di laman sosial. – Sumber Sihar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...