Peguam syarie kepada pelakon Uqasha Senrose, Muhammad Syazmee Sapian, menafikan dakwaan bahawa anak guamnya menghalang suami, Kamal Adli, daripada bertemu anak mereka, Hawra Uqaira, seperti dipetik Kosmo Online.
Menurut beliau, pertemuan Kamal dengan anaknya pada 10 November lalu bukan berlaku “secara kebetulan” seperti didakwa, sebaliknya dirancang lebih awal oleh pihak keluarga Uqasha.
Bagi isu anak, perjumpaan memang sudah berlaku. Kamal sudah berjumpa anaknya, siap pergi ke kedai kopi dan bawa berjalan pada 10 November.
Perkara itu dibincangkan bersama adik Uqasha dan mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi.
Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang. Memang dirancang untuk berjumpa. Dakwaan bahawa tak bagi jumpa anak itu tidak betul.
Tambah Syazmee, pihak mereka tidak pernah menghalang Kamal untuk bertemu Hawra, asalkan dimaklumkan lebih awal bagi memudahkan perancangan kedua-dua belah pihak.
Kalau dia mahu berjumpa atau hantar (anak), maklumkan awal.
Kami boleh berbincang sebab kita hormati kedudukannya sebagai bapa.
Kami percaya anak perempuan memang ada ikatan dengan bapa, jadi tiada masalah selagi tiada isu lain.
Kenyataan ini hadir selepas Kamal memaklumkan kepada media bahawa dia sukar meluangkan masa dengan anak dan merayu agar pihak isteri memberi kelonggaran untuk bertemu puteri tunggal mereka.
Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu dan prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober 2025.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
