“Dakwaan Minuman Fanta Mengandungi Lemak Babi Adalah Palsu” – JAKIM

Trending

“Dakwaan Minuman Fanta Mengandungi Lemak Babi Adalah Palsu” – JAKIM

fake1

 

Advertisement

Admin pasti ramai di kalangan kita antara peminat minuman ini sejak dari dulu lagi. Tapi secara tiba-tiba timbul dakwaan kononnya minuman ini mengandungi lemak babi hingga viral di laman media sosial.

Justeru itu, bagi mendapatkan kebenaran dakwaan ini, Jakim melalui laman Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan di mana menurut mereka minuman berkenaan mendapat pengesahan halal daripada bahagian halal Jakim.

Menurut laman Facebook Jakim itu lagi, minuman berjenama Fanta itu memegang sijil halal dan boleh dirujuk di laman sesawang milik mereka di www.halal.gov.my.

s

 

Beberapa hari lalu, gambar tersebut telah menjadi viral di laman sosial di Malaysia di mana pos yang dimuatnaik oleh seorang lelaki tempatan berkenaan pada 22 Desember lalu dan telah mendapat 9000 perkongsian.

Hasil carian kami ternyata gambar berkenaan mula tersebar luas ke negara ini selepas ia mula disebarkan di luar negara.

Di dalam gambar tersebut tertulis..

“Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,”

Pihak Jakim telah mengesahkan dakwaan ini adalah palsu dan tidak benar. Diharapkan jangan mudah mempercayai sesuatu isu lebih-lebih lagi melibatkan halal haram di Malaysia. Rujuklah pada yang lebih arif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...