Dakwaan “Lari” Ketika Wartawan Minta “Respond” Kenaikan Harga Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan

Trending

Dakwaan “Lari” Ketika Wartawan Minta “Respond” Kenaikan Harga Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan

Semalam tersiar sebuah video yang memaparkan kelibat Dato Ahmad Maslan yang merupakan Timbalan Menteri Perdangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

Advertisement

Di dalam video berkenaan menunjukkan beliau seakan mengelak atau melarikan diri apabila ditanya mengenai komen beliau berkenaan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Tindakan beliau itu telah mendapat pebagai andaian dan kritikan daripada netizen di mana video berkenaan dikongsi oleh ramai orang.

Ahli parlimen Pontian berkenaan melalui Twitternya telah tampil memberi jawapan kenapa beliau lari dari menjawab soalan berkenaan.

Menurut beliau lagi, dia tidak menjawab soalan berkenaan kerana perkara berkaitan minyak berkenaan bukanlah dalam bidang kuasa beliau tetapi ia adalah dalam bidang kuasa MOF sementara minyak masak adalah di bawah bidang KPDNKK, sedangkan beliau kini di bawah MITI.

Beliau melalui laman Twitternya juga berpesan kepada orang ramai atau pengguna supaya membuat aduan kepada pihak KPDNKK jika berlaku aktiviti pencatutan, salah guna barang subsidi, kenaikan harga barang dan barang tiruan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...