Dakwaan Kapal Selam ‘Tidak Boleh Menyelam’, TLDM Tampil Beri Jawapan

Trending

Dakwaan Kapal Selam ‘Tidak Boleh Menyelam’, TLDM Tampil Beri Jawapan

1Adalah menjadi kebiasaan jika kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut ketika melakukan operasi, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin?.
Menurut beliau, tempoh berkenaan adalah sangat luar biasa jika dibandingkan dengan kru kapal selam tentera laut asing yang secara purata hanya berada antara 3,000 dan 4,000 jam di bawah laut.

“Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

“Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan itu tidak berasas? dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

“Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan demi keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,”katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Advertisement

Beliau turut menegaskan bahawa kru kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

“Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan bersama (Casex).

“Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat,” katanya sedemikian bersempena dengan ulang tahun ke-82 TLDM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...