Dakwaan “Hot Burger Malaysia” Tidak Tepat. KPD Sungai Buloh Tampil Berikan Penjelasan

Trending

Dakwaan “Hot Burger Malaysia” Tidak Tepat. KPD Sungai Buloh Tampil Berikan Penjelasan

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dirakamkan melalui telefon pintar yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang diglear “Asri Janggut”. Kini jumlah tontonan video tersebut telah mencapai lebih dari 4 juta.

Advertisement

Di dalam video yang berdurasi kira-kira 13 minit itu, pengusaha Hot Burger Malaysia ini telah mendakwa bahawa tiada tindakan yang diambil terhadap premis perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Namun begitu, KPD Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar telah menafikan dakwaan tersebut

kpd sungai buloh

kredit – Berita Harian

Menurut beliau, statistik telah jelas menunjukkan bahawa sehingga Julai tahun ini, pihak polis telah melakukan 40 serbuan dan 132 tangkapan bagi kes perjudian di sekitar kawasan berkenaan.

Terdapat 91 serbuan 107 tangkapan yang dilakukan pada 2019. Jelas, kenyataan “Asri Janggut” tidak benar.

Ini Kedai Mesin Kuda, Penuh Motor Dekat Sini. Jarak dengan MBSA tak sampai 500 meter.

Ini pintu belakang kedai judi. Ini kalau datang malam-malam, penuh motor.

Setelah kami menonton video berdurasi 13 minit itu, ternyata pengulas video tersebut cukup yakin bahawa tiada sebarang tindakan yang diambil dan pihak polis bersikap berat sebelah.

Pengulas video ini juga menyatakan bahawa tiada tindakan yang diambil pada pengusaha kedai mesin judi ini, walaupun dalam tempoh PKP.

KPD Sungai Buloh Supt Shafa’aton telah membuka kertas siasatan mengenai dakwaan itu dan akan memanggil pengguna atau pemilik laman sosial tersebut untuk memberikan keterangan mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambah beliau pula, pihak polis telah memberi jaminan bahawa tiada siap yang akan dikecualikan dari undang-undang dan pihak polis sering bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...