Dakwaan Hampir Diculik Lanun : Hairul Azreen Dan Ammar Alfian Bertemu ESSCOM Hari Ini

Hiburan

Dakwaan Hampir Diculik Lanun : Hairul Azreen Dan Ammar Alfian Bertemu ESSCOM Hari Ini

Kenyataan pelakon Hairul Azreen yang mendakwa dirinya dan seorang lagi pelakon filem Paskal, Ammar Alfian hampir diculik lanun ketika menjalani penggambaran filem tersebut di perairan Sabah mengundang kecaman daripada netizen.

Advertisement

Malah, pihak pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap apa yang dikatakan oleh Hairul hanya publisiti murahan.

Susulan isu tersebut yang agak serius kerana melibatkan hal keselematan negara, Hairul dan Ammar akan bertemu dengan pihak ESSCOM hari ini untuk memberikan keterangan lanjut.

Buat masa ini, Hairul tidak boleh memberikan sebarang komen kerana bimbang ia akan menimbulkan salah faham dan kontroversi.

Pihak produksi dan Esscom sudah berhubung. Kami akan bertemu mereka esok(Rabu). Susah nak cakap sekarang. Kita tunggu sahaja esok.

Terdahulu, Hairul memberitahu ketika kejadian berlaku hanya beliau dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...