Dakwaan Gula-Gula Mengandungi Dadah, Menyebabkan Kanak-Kanak Khayal Adalah Palsu

Trending

Dakwaan Gula-Gula Mengandungi Dadah, Menyebabkan Kanak-Kanak Khayal Adalah Palsu

Gula gula dadah

Kewujudan gula-gula yang dilihat menjadi kegilaan kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah yang didakwa menyebabkan ‘pening’ kerana mengandungi dadah di laman sosial adalah palsu, lapor Harian Metro.
Gula-gula jenama Jaw-Q disebarkan kononnya sejenis dadah murah menyebabkan kanak-kanak yang memakannya akan ketagih.

Advertisement

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara itu yang menjadi viral di laman sosial.

“Pihak kami sudah memantau perkembangan perkara itu dan gula-gula itu sudah lama berada di pasaran.

“Sekiranya ia memudaratkan dan mengandungi dadah, sudah pasti polis mengambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, gula-gula berkenaan dikeluarkan sebuah syarikat di Myanmar dan ia dijual secara bebas di negara itu malah orang ramai boleh menempahnya melalui laman web.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...