Dakwaan Gangguan Seksual Guru Memandu, Suspek Akhirnya Diberkas

Trending

Dakwaan Gangguan Seksual Guru Memandu, Suspek Akhirnya Diberkas

Tular baru-baru ini, sebuah kejadian membabitkan seorang tenaga pengajar di sebuah institut memandu yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita. Suspek dipercayai telah menunjukkan kemaluannya ketika menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

Berhubung dengan perkara itu, pihak polis telah menjalankan operasi bagi memburu suspek yang dikatakan telah melarikan diri selepas kejadian tersebut. Selain itu, suspek didakwa di institut memandu bernama Akademi Memandu AmKist.

Advertisement

Guru Institut Memandu Tunjuk Kemaluan Bukan Tenaga Pengajar
2 years ago

Tular Guru Memandu Tunjuk Kemaluan, Rupanya Bukan Tenaga Pengajar

Namun, menurut Pengarah Pengurusan Akademi Memandu AmKist, Noor Haslina Abdullah, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan suspek merupakan tenaga pengajar di institut tersebut. Sebaliknya dia hanyalah seorang pemandu kontrak di institut tersebut.

Polis berjaya menahan suspek yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita

Menurut KOSMO, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang juga merupakan seoran pelajar institut memandu di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, Pasir Puteh semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superitendan Rosli Mamat berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 3 petang tadi di sekitar kawasan Jelawat, Bachok.

Tambah beliau lagi, suspek yang bekerja dengan sebuah institut memandu diburu polis selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa yang berusia 27 tahun semalam.

Ujian saringan air kencing telah dilakukan terhadap suspek dan keputusan mendapati suspek negatif dadah. Pihak polis akan memohon perintah reman dari mahkamah esok.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...