Tular baru-baru ini, sebuah kejadian membabitkan seorang tenaga pengajar di sebuah institut memandu yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita. Suspek dipercayai telah menunjukkan kemaluannya ketika menghantar mangsa pulang ke rumahnya.
Berhubung dengan perkara itu, pihak polis telah menjalankan operasi bagi memburu suspek yang dikatakan telah melarikan diri selepas kejadian tersebut. Selain itu, suspek didakwa di institut memandu bernama Akademi Memandu AmKist.
Namun, menurut Pengarah Pengurusan Akademi Memandu AmKist, Noor Haslina Abdullah, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan suspek merupakan tenaga pengajar di institut tersebut. Sebaliknya dia hanyalah seorang pemandu kontrak di institut tersebut.
Polis berjaya menahan suspek yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita
Menurut KOSMO, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang juga merupakan seoran pelajar institut memandu di dalam sebuah kereta di Kampung Saring, Pasir Puteh semalam.
Akhirnya kena tangkap juga. Apa pun kita tunggu hasil siasatan. https://t.co/Qzr3f1qIlv
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 18, 2021
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superitendan Rosli Mamat berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 3 petang tadi di sekitar kawasan Jelawat, Bachok.
Tambah beliau lagi, suspek yang bekerja dengan sebuah institut memandu diburu polis selepas menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa yang berusia 27 tahun semalam.
Ujian saringan air kencing telah dilakukan terhadap suspek dan keputusan mendapati suspek negatif dadah. Pihak polis akan memohon perintah reman dari mahkamah esok.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara