September 26th, 2020

Memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group, usahawan fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof tampil memfailkan saman terhadap seorang netizen berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19 di laman sosial.

Isu b40 m40 vivy yusof saman netizen

Vivy memfailkan saman itu terhadap Alia Najwa Hassannudin, selaku defendan tunggal menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lepas.

Kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Oktober ini, namun untuk pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail ditetapkan hari ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif memaklumkan, pihaknya telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu b40 m40 vivy yusof saman netizen

Malah ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi mendakwa, defendan menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 pada 30 Mac lalu, sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.

Penyataan-penyataan fitnah itu juga khabarnya telah membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, malah bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.

Isu b40 m40 vivy yusof saman netizen

Lebih perit, insiden itu bagaimanapun telah menyebabkan satu pelancaran petisyen di laman web sekitar 1 April lepas bagi mendesak Vivy dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana tindakannya itu dianggap bagai menghina golongan berkenaan. Susulan kejadian, petisyen itu juga disahkan telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

Tidak ketinggalan Vivy juga mendakwa, pihaknya telah mengemukakan pada 2 April lalu untuk menuntut supaya individu terbabit berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.

Sumber: BH Online


2 responses to “Dakwaan Fitnah Golongan B40 & M40, Vivy Yusof Tampil Saman Netizen”

  1. Suzanne says:

    kenapala org melayu ni ek..x habis2 mendengki..we should be proud la wey ..i mean of course everybody makes mistake..mistake ke tak..dia ni tolong ramai org kita tau..ramai jeles dgn dia ni haaa

  2. Anonymous says:

    Pki belt Gucci pon terbalik

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...