Dakwaan Bahawa Veveonah Mosibin Merakamkan Video Untuk Mengejar Views Adalah Palsu – Datuk Zahidi Zainul Abidin

Trending

Dakwaan Bahawa Veveonah Mosibin Merakamkan Video Untuk Mengejar Views Adalah Palsu – Datuk Zahidi Zainul Abidin

Pada hari ini, Datuk Zahidi Zainul Abidin apabila menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara, Seantor Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tentang taraf capaian internet di luar bandar khususnya di Sabah telah menyatakan bahawa video yang dimuat naik oleh Veveonah Mosibin adalah palsu dan semata-mata untuk meraih tontonan di laman YouTube beliau.

Advertisement

Datuk Zahidi Zainul Abidin di laman sosial beliau sebentar tadi telah memberi permohonan maaf terbuka kepada Veveonah Mosibin atas kesilapan dalam mentafsir maklumat yang diberikan.

Ternyata, kisah beliau adalah sememangnya benar dan bukan rekaan semata-mata.

sumber- YouTube

Pelajar UMS ini telah dikatakan merakam video pengalaman memanjat pokok di kampung untuk mendapatkan capaian internet dan telah mendapat perhatian syarikat internet.

Dalam beberapa hari sahaja, pihak syarikat telekomunikasi dan internet telah mengambil tindakan susulan berikutan video tular tersebut.

sumber – Carian Google

Pada pendapat penulis, isu seperti ini tidak sepatutnya dipandang remeh. Sehingga kini, kisah beliau menjadi perbualan hangat netizen dan juga rakyat Malaysia sehinggakan dibincangkan didalam sidang Dewan Negara.

Semoga capaian internet di negara kita terutamanya di lokasi-lokasi pedalaman dapat ditingkatkan. Dalam era atau zaman teknologi moden, isu seperti capaian internet seharusnya tidak berlaku secara berleluasa.

Dengan pandemik COVID-19 yang telah mengubah cara kehidupan kita, internet kini merupakan antara keperluan harian seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...