Anak pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban iaitu Irdina Hakim berkongsi hantaran daripada saudaranya yang tidak dapat menahan rasa sabar lagi selepas bapa kandungnya, Faizal Rohban difitnah oleh suami arwah, Ahmad Rizal.
Menerusi Instagram, lelaki itu berkata sebelum ini dia tidak menulis tentang keburukan orang lain di media sosial namun kali ini dia perlu mempertahankan bapanya itu.
Kepada Ipin (Ahmad Rizal), mungkin disebabkan kepala awak botak itu yang menjejaskan akal awak untuk berfikir. Duit yang awak kata 32 juta itu adalah hutang perniagaan bukan hutang peribadi semasa arwah masih hidup lagi. Dan hutang tu hutang berbayar sehingga hari ini.
Tegas lelaki tersebut lagi, keluarganya tidak pernah langsung menyentuh duit faraid daripada harta peninggalan arwah walaupun satu sen.
Tapi lain dengan awak, duit 1.3 juta bawa keluar dari peti besi tanpa pengetahuan sesiapa. Lepas itu, awak kat ‘oh saya tak tahu saya kena bayar’ sedangkan awak ada dalam mahkamah masa perbicaraan. Takkan boleh sponsor ‘wedding of the year seindah rasa segenap takdir’ tapi duit faraid tak boleh pulangkan.

Terdahulu, Ahmad Rizal berkata dia tidak menerima surat mahkamah menyatakan perlu memulangkan wang diambilnya dan turut mendakwa adik beradik arwah Faziani juga turut berhutang wang faraid bernilai RM3.2 juta.