“Dakwaan Ada Soalan Berunsur Perkauman Dalam Kertas UPSR Palsu” – Kementerian Pendidikan

Trending

“Dakwaan Ada Soalan Berunsur Perkauman Dalam Kertas UPSR Palsu” – Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan menafikan terdapat soalan bagi mata pelajaran bahasa Melayu Kertas 2 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang berbaur perkauman seperti tersebar di media sosial.

Advertisement

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan yang dijalankan Lembaga Peperiksaan mendapati soalan yang tersebar di media sosial itu bukan soalan dalam UPSR 2016.

Soalan dalam setiap kertas soalan yang dibuat Lembaga Peperiksaan melalui proses penilaian bagi memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Sambil menyuarakan kekesalan atas penyebaran kenyataan palsu itu, kementerian itu berkata, Lembaga Peperiksaan amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat, terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...