Speech delay atau kelewatan dalam perkembangan pertuturan kanak-kanak kini menjadi salah satu kebimbangan ibu bapa.
Menurut Hello Doktor, ketidakupayaan ini termasuk kesukaran menyebut sesuatu perkataan dengan jelas atau langsung tidak boleh menyebut perkataan itu sama sekali.
Sudah pastinya, ibu bapa akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan speech delay yang dialami anak mereka.
Namun, apa yang yang menjadi perhatian orang ramai apabila ada juga yang berkongsi beberapa petua untuk memulihkan ketidakupayaan ini.
Menerusi video di laman TikTok, seorang pengguna telah mendakwa ketidakupayaan ini berpunca daripada uri yang ditanam terlalu dalam.
Bukan itu sahaja, pengguna itu turut mendakwa air didihan bubur nasi dan air mandian bilasan terakhir ibu kanak-kanak tersebut boleh dijadikan sebagai penyembuh speech delay anak.
Mandi pukul 1.30 tengahari pada hari selasa.
Lebih aneh, pengguna tersebut juga berkata air dari tujuh kolah masjid juga boleh jadi penawar ketidakupayaan tersebut.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa hairan dengan petua-petua yang dikongsikan oleh pengguna tersebut.
Sebaliknya, ramai yang memberi pendapat agar ibu bapa perlu banyak berkomunikasi dengan anak-anak yang mengalami speech delay dan mengurangkan penggunaan gadjet di dalam rumah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.