May 4th, 2020

Umum mengetahui suatu masa dahulu, pasangan Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz mengalami pelbagai kontroversi semasa dalam proses penceraian mereka. Malahan kisah mereka menjadi sebutan ramai pada ketika itu.

Terbaru, selebriti wanita itu mendedahkan bahawa bekas suaminya langsung tidak bertanyakan khabar puteri tunggal mereka iaitu Laana Haura sejak setahun lamanya. Malahan, lelaki itu juga berdiam diri sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung hingga masuk Ramadan.

lufya dakwa suami tak jenguk anak

Lufya juga mengambil kesempatan ini untuk menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa dia melarang suaminya untuk berjumpa dengan Laana. Wanita itu menegaskan sekiranya tidak mahu berkomunikasi dengannya, boleh sahaja berhubung dengan ibu atau pun adiknya bagi bertemu dengan puteri mereka.

Selepas kenyataan Lufya ini tersebar di serata saluran media, Che Muhammad Hafiz telah tampil dan menyatakan bahawa dia tidak mahu memberikan ulasan lanjut mengenai dakwaan bekas isterinya itu.

Katanya lagi, dia kesal kerana wanita itu tidak menyelesaikan perkara tersebut secara terus dengannya namun memilih untuk menghebahkan isu peribadi itu kepada khalayak umum.

lufya dakwa suami tak jenguk anak

Lelaki itu turut meminta agar semua memberikan fokus terhadap usaha memerangi wabak COVID-19 dan bukannya mengenai kisah peribadinya.

Lagipun, dalam keadaan negara tengah berhadapan dengan masalah yang lagi besar iaitu wabak Covid-19 ini lagi. Lebih baik, kita semua tumpukan bagaimana nak memerangi wabak tersebut.

Selain itu, Che Muhammad Hafiz turut meminta agar Lufya memperbanyakkan amalan dan muhasabah diri dalam bulan Ramadan ini dan bukannya sibuk menyebarkan cerita tidak benar mengenainya.

Apa pun, kita doakan yang terbaik buat kedua pasangan ini dan semoga Laana Haura membesar dengan baiknya.

Sumber: mStar Online


5 responses to “Dakwa Sudah Setahun Tak Jenguk Anak, Bekas Suami Minta Lufya Perbaiki Diri Pada Bulan Ramadan”

  1. Zack says:

    Doktor bodoh ni tak boleh pakai. memang kawan2 dia semua spesis takleh pakai, kaki betina, kaki botol, yang duduk serumah ngan betina pon ada, tu la kawan2 dia. Dia lagiiiiiiiii macam sial.

  2. Anonymous says:

    Doktor giler glemer…ko buat video dont rush challange boleh pulak dgn doktor2 gay ko tu…sume doktor dlm video tu muka jambu…geli pulak aku…fokus je laa pd covid ni sibuk nk ber video…bl netize kecam tau pulak nk suruh netizen fokus pd covid…diri sndri x btl ade hati nk suruh org…

  3. Anonymous says:

    dia ni mcm ade ciri2 narcissist je.. muka ensem tp hauk

  4. Anonymous says:

    Tak sangka laki dia perangai mcm tu

  5. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    tak payah la nak suruh laki tu perbaiki diri dia bukan budak kecik asek nak kena suruh aje..dh tua pon pandai2 la dia fikir yg dia tu ada anak…kalau dia ingat nak datang jengok anak ha datang la dia..kalau tak biar kan saja jangan di paksa2 ok..dia ingat dia datang tak ingat so what you going to do ??

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...