Dakwa Suami Punca Dapat ‘Herpes’, Ustaz Bola Minta Kieda Crepe Jaga Aib – “Tak Perlu Cerita Dekat Orang..”

Trending

Dakwa Suami Punca Dapat ‘Herpes’, Ustaz Bola Minta Kieda Crepe Jaga Aib – “Tak Perlu Cerita Dekat Orang..”

Pendakwah bebas, Da’i Tajdid Hadhari tampil menegur pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Kieda Crepe selepas dia secara terbuka mendedahkan dirinya dijangkiti virus herpes.

Haram kongsi hubungan intim dengan umum

Menerusi sebuah video di TikTok, Da’i Tajdid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola menegaskan bahawa meskipun hubungan intim antara suami isteri itu halal, namun tidak wajar untuk perkara sebegitu dikongsi secara terbuka kepada umum.

Advertisement

ustaz bola

Baru-baru ni, adalah lagi isu mengenai pempengaruh yang menceritakan mengenai dirinya terkena jangkitan hasil daripada hubungan intim dengan suaminya secara oral.

Ya benar, yang halal itu adalah hubungan suami isteri dan mendapat pahala. Tapi kalau diceritakan kepada orang, itu haram hukumnya.

Beliau turut memetik sebuah hadis sahih sebagai peringatan dan panduan agar masyarakat lebih menjaga batas dalam berkongsi hal peribadi di media sosial.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, ‘Seburuk-buruk manusia dipandang Allah SWT di hari kiamat kelak adalah suami yang melakukan hubungan intim dengan isterinya kemudian menceritakan keintiman kepada orang lain’.

Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut menitipkan nasihat agar orang ramai tidak sesekali mendedahkan hal-hal berkaitan hubungan intim suami isteri kepada umum.

@ustazbola Pempengaruh bercerita hubungan intim dan menyebabkan jangkitan pada dirinya🫣 #daihadhari #ustazbola #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #fypage ♬ original sound – Da’i Hadhari

Gunakan gelaran pempengaruh dengan bijak

Tambah Ustaz Bola, gelaran sebagai pempengaruh sepatutnya digunakan dengan bijak untuk menyebarkan perkara bermanfaat, bukannya membuka ruang kepada aib dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

Apa pun yang jadi, biarlah ia dalam pengetahuan kita dan pasangan saja. Tak perlulah bercerita kepada orang apa punca penyakit ke apa, ditambah pula kita pempengaruh. Tak elok, jaga aib.

Sebelum ini, Kieda mendapat perhatian ramai selepas dia berseloroh mengaitkan punca jangkitan herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.

Kenyataan Kieda itu kemudiannya mendapat pelbagai komen negatif daripada orang ramai.

kieda crepe telur masam
6 hours ago

"Selagi Rezeki Mencurah, Selagi Tu Tak Goyah" - Tak Serik Dikecam Buat Lawak 'Telur Masam', 'Posting' Baru Kieda Crepe Curi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...