Dakwa Pembedahan Bariatrik Jadi Punca Kematian, Suami Rohana Jalil Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Hiburan

Dakwa Pembedahan Bariatrik Jadi Punca Kematian, Suami Rohana Jalil Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Suami kepada Allahyarhamah Rohana Jalil, Jahangir Khan dikhabarkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuai ketika melakukan pembedahan bariatrik yang didakwa menjadi punca kematian arwah isterinya itu.

Maklum Jahangir, pihaknya perlu meneliti beberapa perkara sebelum mengambil sebarang tindakan bagi menuntut keadilan.

Advertisement

Suami rohana jalil

Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan tetapi buat masa sekarang ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut.

Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan. Kita ikut langkah demi langkah.

Terdahulu, pengurus kepada Allahyarham yang dikenali sebagai Jepun mendakwa ibu kepada pelakon Kilafairy itu mengalami ujian tersebut adalah disebabkan pembedahan bariatrik yang dilakukan dua tahun lalu di hospital berlainan bagi merawat masalah gastrik.

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku terhadap arwah isteri, Jahangir berkata itu semua adalah ketentuan Allah S.W.T.

Rohana dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.33 malam Selasa berpunca daripada kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, UKM, Selangor.

11 months ago

(TAKZIAH) Penyanyi Veteran Rohana Jalil Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...