Dakwa Nora Anne Quoirin Dirogol Orang Asli, Lelaki Buat Permohonan Maaf

Trending

Dakwa Nora Anne Quoirin Dirogol Orang Asli, Lelaki Buat Permohonan Maaf

Kehilangan Nora Anne Quoirin, seorang remaja yang datang ke Malaysia untuk melancong bersama keluarganya menyebabkan satu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilaksanakan untuk mencarinya.

Nora Anne, remaja kelainan upaya berusia 15 tahun didapati hilang oleh ibu bapanya pada pagi 4 Ogos, setelah tiba dari Ireland hari sebelumnya dari bilik The Dusun resort yang disewa oleh ibu bapanya bersama dua adik Nora Anne dengan keadaan tingkap biliknya terbuka.

Advertisement

Malang sekali, pada hari kesepuluh, sekumpulan pendaki telah menemui mayat seorang perempuan kulit putih tidak berpakaian, yang kemudiannya dikenal pasti dan disahkan sebagai Nora Anne melalui pengecaman ibu bapanya.

Polis mendedahkan punca kematian Nora Anne ialah pendarahan pada ususnya disebabkan kelaparan dan stres yang berpanjangan. Nora Anne tidak dirogol, selaput daranya didapati utuh dan elemen jenayah tidak wujud buat masa ini.

Bagaimanapun, polis mengumumkan akan menahan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Zikri Armstrong di Twitter kerana mendakwa Nora Anne dirogol oleh Orang Asli.

Zikri Armstrong dikatakan seorang pengoperasi trak makanan di Shah Alam, menulis tweet tersebut ketika Nora Anne masih belum menjalani proses bedah siasat.

zikri armstrong, tweet, prang asli, rogol nora anne quoirin

Setelah polis mengumumkan akan mengambil tindakan terhadap beliau, Zikri didapati telah menyahaktifkan akaun Twitter dan satu salinan permohonan maaf terbuka berlegar di media sosial:

Permohonan Maaf Terbuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru- baru kita dikejutkan dengan kes kehilangan adik Nora Anne Quoirin yang telah membawa kepada penemuan mayat Nora setelah 10 hari menanti. Secara peribadi, saya sangat sedih dan bersimpati atas nasib keluarga Nora yang datang ke Malaysia untuk berciut dan Insiden sebegini berlaku. Tetapi, kerana saya terlampau mengikut perasaan apabila mengikuti kes tersebut daripada media, saya telah telah membuat satu post di twiter yang agak berbau hasutan terhadap golongan Orang AsIi.

Saya sedar, post mortem sedang dijalankan dan saya tidak patut membuat sebarang spekulasi sama ada dia dirogol, dibunuh atau diculik bunian apatah lagi menyebarkannya di medi sosial yang sangat laju untuk tular zaman sekarang. Semuanya terletak di tangan pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan semua, saya pernah bersekolah asrama di negeri sembilan dan mempunyai beberapa rakan yang dan keluarga Orang Asli dan saya tak pernah memandang serong terhadap mereka. Saya menghormati mereka seperti manusia lain. Kami bergurau, bermain bola dan tinggal di dorm yang sama seperti rakan.

Saya amat menyesal dengan tweet tersebut kerana saya tahu Ini boleh merosakkan Imej mereka yang tak bersalah. Saya telah menerima banyak ancaman dari tweet tersebut dan akhirnya akur untuk padam tweet itu.

Saya Juga akan berehat dari semua sosial media dan akan mencari kesedaran diri dan kelakuan saya. Saya sekali lagi memohon maaf ke atas semua komuniti Orang Asli seluruh Malaysia dan saya sangat menyesal dengan kelakuan saya.

Saya memohon maaf kepada PORM Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia kerana membuat tweet yang berbaur hasutan dan fitnah tanpa saya sedari. Kerana terjebak dengan filem seperti CSI saya gemar membuat andaian dan saya tidak patut membiarkan aandaian tidak matang berada di sosial media mampu menghasut orang lain.

Setulus hati saya, saya meminta maaf dan berjani untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

Zikri Armstrong

Mungkin peristiwa ini patut diambil sebagai pengajaran kepada orang lain. Apa yang berlaku sebenarnya agak serius dan spekulasi tidak berasas sebelum fakta sebenar dikeluarkan oleh polis sangat berbahaya dan boleh menimbulkan ketegangan.

Biar pihak berwajib menjalankan kerja mereka kerana tidak semua kematian akibat hilang atau sesat membabitkan elemen jenayah. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...