Dakwa Netizen Malaysia ‘Kejam’, #israelkoyak Kembali Trending Di Twitter

Trending

Dakwa Netizen Malaysia ‘Kejam’, #israelkoyak Kembali Trending Di Twitter

Sebelum ini, rejim zionis Isreal telah menyerang Kota Gaza di Palestin sehingga melibatkan ramai nyawa terkorban termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Peristiwa itu menjadi perhatian dunia termasuklah Malaysia yang turut bersama-sama menentang tindakan kejam tersebut.

Advertisement

Walaupun tidak dapat mengangkat senjata dan berperang di Gaza, netizen di Malaysia mempunyai cara tersendiri dalam menentang tindakan rejim Zionis yang terus-menerus membunuh ramai individu di bumi Gaza.

israel koyak

Netizen di Malaysia melalui Malaysian Troll Army memainkan peranan dengan menyerang akaun-akaun berpengaruh dan individu dari Israel. Bukan itu saja, kumpulan hacker  Malaysia seperti DragonForce Malaysia telah bertindak dengan menggodam beberapa maklumat dari negara Israel serta menganggu sistem pangkalan data Israel.

Kesemua tindakan itu ternyata memberi kesan yang cukup hebat kepada warga Israel apabila satu video dimuat naik oleh seorang wanita Israel yang mendakwa pihak mereka mendapat tentangan yang hebat daripada netizen di Malaysia.

Advertisement

https://twitter.com/AdamMilstein/status/1414197198774996992

Dia turut mendakwa tindakan yang dilakukan oleh netizen di Malaysia telah melanggar standard komuniti di media sosial.

Sehubungan itu, hashtag #israelkoyak kembali lagi trending di Twitter dan ramai warganet di Malaysia tidak berpuas hati atas kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita berkenaan.

israel koyak

Sumber : Twitter

israel koyak

Sumber : Twitter

israel koyak

Sumber : Twitter

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...