Sebelum ini, rejim zionis Isreal telah menyerang Kota Gaza di Palestin sehingga melibatkan ramai nyawa terkorban termasuklah wanita dan kanak-kanak.
Peristiwa itu menjadi perhatian dunia termasuklah Malaysia yang turut bersama-sama menentang tindakan kejam tersebut.
Walaupun tidak dapat mengangkat senjata dan berperang di Gaza, netizen di Malaysia mempunyai cara tersendiri dalam menentang tindakan rejim Zionis yang terus-menerus membunuh ramai individu di bumi Gaza.
Netizen di Malaysia melalui Malaysian Troll Army memainkan peranan dengan menyerang akaun-akaun berpengaruh dan individu dari Israel. Bukan itu saja, kumpulan hacker Malaysia seperti DragonForce Malaysia telah bertindak dengan menggodam beberapa maklumat dari negara Israel serta menganggu sistem pangkalan data Israel.
Kesemua tindakan itu ternyata memberi kesan yang cukup hebat kepada warga Israel apabila satu video dimuat naik oleh seorang wanita Israel yang mendakwa pihak mereka mendapat tentangan yang hebat daripada netizen di Malaysia.
https://twitter.com/AdamMilstein/status/1414197198774996992
Dia turut mendakwa tindakan yang dilakukan oleh netizen di Malaysia telah melanggar standard komuniti di media sosial.
Sehubungan itu, hashtag #israelkoyak kembali lagi trending di Twitter dan ramai warganet di Malaysia tidak berpuas hati atas kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita berkenaan.