Dakwa Nampak Pocong Di Sebuah Kelas Kosong, 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria

Trending

Dakwa Nampak Pocong Di Sebuah Kelas Kosong, 50 Orang Pelajar Termasuk Guru Diserang Histeria
Kredit Gambar: Sinar Harian

Kredit Gambar: Sinar Harian

Sebuah sekolah di Pengkalan Chepa terpaksa memberhentikan sesi pembelajaran selepas suasana bertukar kecoh apabila lebih dari 50 orang pelajar dan beberapa orang guru telah diserang histeria, lapor Berita Harian.
Menurut sumber, kejadian berkenaan telah bermula sejak Isnin lalu selepas beberapa pelajar mendakwa melihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Selepas terlihat makhluk halus berkenaan, pelajar terebut telah rebah dan meracau sebelum keadaan itu ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.

Advertisement

Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang enggan dikenali berkata, sesi pembelajaran sejak Isnin lalu terganggu disebabkan kejadian itu.

“Malah ada guru perempuan turut diserang histeria menyebabkan pembelajaran kami terganggu. “Pelajar yang kerasukan ini mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong dan tandas,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Jaafar Ismail berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung perkara itu dan menyatakan pihak sekolah sudah mengadakan manjlis bacaan ayat suci al-Quran dan doa sebagai ikhtiar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.