Dakwa Kilang Arak Beroperasi, Polis Akan Panggil Perakam Video

Trending

Dakwa Kilang Arak Beroperasi, Polis Akan Panggil Perakam Video

Semalam, tular rakaman video diambil seorang lelaki memaparkan asap keluar dari kilang arak yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam Selangor. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki itu mendakwa kilang berkenaan beroperasi ketika Sekatan Pergerakan Penuh dijalankan.

Memetik laporan Harian Metro, pasukan Task Force Pematuhan Covid-19 segera digerakkan untuk memeriksa kilang pada jam 7.40 malam susulan video viral tersebut.

Advertisement
kilang arak seksyen 15

Foto: Harian Metro/ihsan IPD Shah Alam

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, hasil pemantauan mendapati tiada sebarang operasi pengilangan arak dijalankan. Asap yang dikeluarkan dari salah satu cerobong kilang adalah wap daripada proses memanaskan bahan mentah seakan gandum atau ragi.

“Pasukan kami juga bertemu dengan pengurus kilang dan dimaklumkan bahawa asap itu adalah wap yang keluar hasil daripada proses pemanasan bahan mentah.

Bahan itu perlu dipanaskan bagi memastikan ia tidak rosak sepanjang penutupan operasi kilang. Ia (wap) perlu dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku letupan.”

Tambahnya, itu langkah meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ujar beliau lagi, pihaknya akan memanggil pemilik akaun Facebook bagi membantu siasatan.

Kilang arak langgar sop

Foto: Astro Awani

Berdasarkan surat kelulusan MITI kilang berkenaan, hanya 10 peratus pekerja dibenarkan bergerak dari kediaman ke kilang atau premis masing-masing.

Sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi, kelulusan tersebut boleh dibatalkan dan ditarik balik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...