Sebelum ini tular isu mengenai seorang pengacara, Fara Hanim Razak mendakwa jirannya yang merupakan artis menyebarkan dakyah antivaksin. Tidak mendedahkan secara terbuka, pengacara itu hanya memberi gambaran nama artis terbabit bermula dengan pangkal huruf RR dan LL.
Terbaru, Fara Hanim atau lebih mesra disapa Anim memohon maaf kepada Rita Rudaini dan Lufya Omar di atas ketelanjuran kata yang dibuatnya di Twitter. Dalam hantaran di media sosial tersebut, dia bermuhasabah diri dan menerima segala teguran yang diberikan kepadanya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam hantaran yang sama, Anim juga menyatakan bahawa dia sudah menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf. Menerusi mesej yang dihantar kepada Rita Rudaini, pengacara ini berkata suaminya juga telah memberi nasihat sebaiknya dan dia benar-benar kesal.
Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka. Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19. Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua.
Tambahnya, hasratnya cuma mahukan rakyat Malaysia bersatu hati dalam menentang penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara kita.