Dakwa Ikan Singgang Boleh Lawan COVID-19, Pensyarah UMT Beri Penjelasan Lanjut

Trending

Dakwa Ikan Singgang Boleh Lawan COVID-19, Pensyarah UMT Beri Penjelasan Lanjut

Saban hari kes COVID-19 di Malaysia kian meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan. Setakat ini sudah 93 kes yang dilaporkan dan 23 daripadanya telah sembuh dan discaj daripada hospital berkenaan.

Sejak virus ini mula menular di serata dunia, tiada lagi ubat penawar untuk menyembuhkannya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berulang kali menasihatkan agar semua orang mengikuti langkah pencegahan yang telah disarankan. Antaranya ialah menyarungkan topeng muka dan mencuci tangan dengan sekerap mungkin.

Advertisement

Pun begitu, menurut satu berita yang dilaporkan menerusi Buletin Utama TV3, virus ini dikatakan boleh diubati dengan lauk ikan singgang. Pendedahan ini dilakukan oleh seorang pensyarah daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Ikan singgang mengandungi ramuan seperti halia, serai, kunyit, asam keping dan garam. Apabila bahan-bahan tersebut larut bersama, ia akan menghasilkan antimicrobial dan antioksida yang dikatakan boleh melawan beberapa mikoorganisma lantas mempunyai potensi untuk menentang COVID-19.

Walaubagaimanapun, Dr Azizah Mahmood menambah bahawa kajian terperinci masih perlu dilakukan bagi memastikan ikan singgang benar-benar boleh menentang virus Corona.

Risau kenyataannya disalah erti oleh rakyat Malaysia, pensyarah tersebut sekali lagi tampil dan menjelaskan bahawa UMT tidak pernah menjalankan sebarang kajian terhadap ikan singgang mahu pun COVID-19.

Selain itu, KKM sendiri sudah menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan semberono.

Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, ikan singgang adalah menu yang harus diambil selalu kerana ianya dimasak tanpa santan dan minyak.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...