Hairul Azreen sebelum ini muncul di pawagam dengan filem Qhaliq. Ia ialah filem pertama menampilkan Hairul sebagai pelakon utama namun kutipan filem itu tidak begitu memberangsangkan.
Hairul bakal muncul dengan filem keduanya PASKAL tidak lama lagi pada September ini.
Menceritakan pengalamannya sewaktu berlakon filem itu, Hairul mendakwa dia hampir menjadi mangsa culik lanun sewaktu penggambaran di Semporna Sabah.
Kenyataan Hairul disifatkan Netizen seperti terdesak publisiti, memandangkan pelakon itu juga mempunyai beberapa kontroversi sebelum ini kerana bertindak melulu, misalnya menggunakan senapang tanpa lesen dan melungsur turun melalui pemegang eskalator sebuah pusat beli belah.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Mohon @PDRMsia dan @sabahtourism ambil tindakan yang tegas terhadap @hairulazreen . Isu keselamatan dalam negara, lagi lagi di kawasan yang dikawal ketat oleh barisan pertahanan negara bukanlah suatu bahan jenaka. Jika tidak diambil serius, perkara begini akan berulang kembali.
— ? (@medWANt) August 30, 2018
Hairul azreen kalau nak buat marketing pun jangan lah macam ni.
Tak kasihan ke dekat anggota keselamatan yang 2-3 bulan jaga perairan jaga pulau-pulau dekat sabah tu.3 bulan tinggal anak bini tinggal mak ayah duduk dekat tempat yg coverage network pun limited. pic.twitter.com/EJ3MZFBH92
— Power Rangers Merah (@HelmyZulkefli) August 29, 2018
Haha. Hairul Azreen buat gimik sampah konon kena culik. Hari ni keluar berita yg kenyataan artis sendu tu tak berasas dan boleh ancam ketenteraman awam.
Lain kali nak buat gimik utk movie jgn murahan sangat. And good luck bro utk second movie,yg first gagal. Hope yg ini tak.
— ian faizal (@IanFaizal95) August 29, 2018
1.terbang atas eskelator
2.tembak tanpa lesen
3.bawak kereta laju di jln raya
4.buat main dgn wheelchair di hosp
5.pegi rumah org record bilik2 rahsia org
6.terloncat2 atas katil hotel
Lps tu record n upload. Hadap likes?
Org yg x de civic minded mcm ni astro bikin tv show?— mr zorro (@zerrozoro) August 30, 2018
Malah, seorang Netizen berharap Hairul benar-benar diculik lanun kerana memfitnah Esscom.
yg sudah pernah sampai semporna mesti tau bahawa, prosedur utk masuk ke pulau pulau sgt ketat sejak kes penculikan sebelum ini. entah ada berapa byk cekpoin yg kena singgah utk register nama.
— Lina Klasik (@LinaKlasik) August 30, 2018
menggunakan alasan hampir diculik semata utk promote movie, kau tau yg ada org betul2 diculik diminta ransom sampai keluarga x mampu bayar akhirnya kepala di sembelih? aku harap ko betul2 diculik. br ko tau tinggi langit tu mcmmana.
— Lina Klasik (@LinaKlasik) August 30, 2018
satu sbb ko menipu utk meraih perhatian, dua ko menfitnah esscom, sedangkan ko berlakon tu siap dihantarkan enforcement unit utk mengelak perkara x diingini berlaku.
— Lina Klasik (@LinaKlasik) August 30, 2018
satu sbb ko menipu utk meraih perhatian, dua ko menfitnah esscom, sedangkan ko berlakon tu siap dihantarkan enforcement unit utk mengelak perkara x diingini berlaku.
— Lina Klasik (@LinaKlasik) August 30, 2018
mind you, ini satu penghinaan jg terhadap mereka mereka yg gugur ketika cuba mempertahankan ketenteraman awam. You’re insensitive.
— Lina Klasik (@LinaKlasik) August 30, 2018
Isu keselamatan negara bukanlah seautu yang dipandang remeh. Pasukan Esscom telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional dan berdedikasi bagi memastikan keselamatan perairan negara. Membuat dakwaan hampir diculik lanun seolah-olah memperkecilkan peranan mereka yang telah berusaha memastikan keselamatan dan kedaulatan negara tidak dicemari.
Diharap Hairul akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini. – beautifulnara.com