Written by serenity | October 25th, 2017

Setelah percintaan dengan pelawak Zizan Razak putus di tengah jalan beberapa tahun lepas, p[elakon Emma Maembong diketahui ramai bercinta dengan pelakon Kamal Adli.

Hubungan mereka nampak berjalan seperti biasa namun kini Emma mendakwa Kamal menjalin hubungan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama Duda Pujaan Dara.

Kepada BH Online, Emma telah membuat pengakuan bahawa hubungannya dengan Kamal Adli telah berakhir kerana Kamal Adli menipunya:

Bagi saya memanglah dia lelaki yang paling rapat dengan saya, yang sedang saya kenali dengan lebih rapat,tapi cukup sampai di situ sajalah. Saya rasa dah tiada jodoh, saya rasa dah cukup kenal dia, dan sampai di situ sajalah kot.

Bagi Emma, tindakan Kamal Adli untuk memperbaiki hubungan mereka hanya pada saat akhir sudah terlambat:

Sebenarnya memang ada beberapa isu yang cuba kami perbaiki. Baru nak pos gambar, baru nak minta maaf, baru nak berbaik-baik. Sebelum itu, kenapa tak bertindak lakukan semua itu dari awal? Bila saya dah kata, dah cukup semuanya, baru dia nak datang (berbaik-baik).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Emma juga menafikan dia sekadar cemburu buta:

Bagi saya, tak salah jika kami masih berkawan. (Mungkin) ada orang di luar sana akan nampak kami berjumpa, (kerana) saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Untuk berkawan, saya tak kisah, tetapi untuk bercinta, tidak kot.

Saya tidak menuduh siapa-siapa, kerana saya faham sebagai pelakon, kita kena menyokong sesama sendiri. Tak boleh ada sikap cemburu antara pelakon kerana memang kerja dia berlakon dengan mana-mana perempuan, kerja saya berlakon dengan mana-mana lelaki.

Tak logik untuk saya cemburu. Kalau saya cemburu, kenapa tidak dalam setiap drama saya kaitkan dia dengan mana-mana (pelakon) perempuan? Kenapa sekarang baru saya nak bersuara?

Kalau saya berlakon dengan sesiapa pun, jika orang kta suka chemistry saya berlakon dengan Alvin Chong, suka saya berlakon dengan Aiman (Hakim Ridza), habis berlakon, habis. Kami tidak masih berhubung atau keluar, pergi makan ke, memang tak ada. Habis penggambaran, habis.

Tetapi bila habis penggambaran, mereka (Kamal dan Zahirah) masih berhubung, pergi tengok wayang sama-sama, pergi karaoke, keluar diam-diam, tapi saya tak tahu. Bila saya tanya, betul ke awak ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku. Kenapa nak rahsiakan?

Emma bagaimanapun mengakui Kamal bukan keluar berdua saja dengan Zahirah:

Dia keluar berempat. Tetapi bagi saya, kalau tiada apa-apa, boleh saja ajak saya sekali. Boleh saya saja dia ajak pasangan dia Zul (Ariffin) ke, boleh je kita keluar beramai-ramai.

Aik? Hari itu kata tiada, sekarang kata ada, mungkin mereka tiada hubungan yang rasmi, tiada mengucapkan cinta, tetapi bagi saya jika sekadar berkawan perlu ke tipu?

Perlu ke bercakap tak pergi ke mana-mana, bila dah kantoi baru nak minta maaf.

Video tersebut boleh dtonton di bawah:


Apa kata Zahirah berkenaan perkara ini? Penulis akan bawakan dalam entri seterusnya. – beautifulnara.com

46 responses to Dakwa Ditipu, Emma Maembong Putus Cinta Dengan Kamal Adli

  1. Anonymous says:

    emmm lelaki … susah bila nama nak mula naik dah buat hal… susah nk cari orang yang benar2 jujur & Ikhlas dengan kita… bertepuk sebelah tangan x akan berbunyi.. baru top satu drama dah brani “main belakang”.. jujur la .. jangan bagi alasan macam AFIFAH plak.. nak dapatkan mood atau nak pujuk pelakon…..

    16

    1
    • Anonymous says:

      Salah Kamal lah. Kejadah kau nak rahsia-rahsia. Tak pasal si Zahirah tu kena skali. Spesis gigi jarang tapi bajet hot.

      10

      0
      • mila says:

        kan kesian zahirah, ntah apa yg kamal gebang kat emma, petik2 nama zahirah. oii emma, zahirah punga bf 100 kali bagus dr kamal suam kuku tu la.

        6

        1
  2. Rina says:

    Zahirah dah post dalam insta dia,text messages between Ira & Kamal. Ira tak bersalah & siap marah2 Kamal sebab dia tak ada apa2. Kamal ni macam saja nak sakitkan hati Emma,buat dia jealous. Tak faham aku. Aku bukan peminat Emma tp kesian jugak dia kena maim macam ni.

    36

    0
  3. Anonymous says:

    Hi emma its gd for to let him go lelaki ni pon gatal sangatwalaupon zahirah tu menggoda lau kamal ta layan ta kan jadi zahirah ni da putus dengan zul so she neds someone pula so kamal ni pon satu lau da gatal tu gatal juga dengan intan dia buat mcm tu so dgn u pon dia bule buat.its gd for u to release him u masi muda emma i guess u suits wit aiman hakim mungkin suatu hari nanti u got the chance to b close with him.gd luck

    6

    11
    • Cik bunga says:

      Si zahirah tu still dengan abang sadi hot tula. Zaman bila pulak diorg putus. Diorang siap berbincang dah berempat, ada zul ariffin, zahirah, kamal n emma. So emma la,childish gila. Please la matang sikit. Ko kena permian dengan bf ko lantak la. Jangan babitkn nama orang lain. Kesian aq tgk zahirah tu. Aq x rasa zahirah ni jenis yg suka kacau bf orang. Lagi2 bf dia ni berganda hot dri bf ko tu emma. So, jgn nk perasan.pleaseeeee

      59

      1
      • cik says:

        Betol..aku rasa emma punca segala kekecohan ni, dari zaman dengan zizan lagi dia selalu bagi stmnt kurang bijak

        22

        0
        • Sisturnina says:

          Budak tak sekolah gitulah…di sekolah ada ajar soalan kbat dan nilai2 murni…dia tak belajar aemua tu…asyik belajar melukis.

          0

          0
      • mila says:

        setuju cik bunga. emma tu yg kene gebang dgn kamal, pastu nak kait2 kan zahirah plak. zul 100 kali better than him la

        5

        0
    • bahasa jiwa bangsa says:

      boleh tulise betul2 tak.sakit mata aku baca komen kau. tak=ta, kalau=lau,good=gd,boleh=bule,with=wit. perosak bahasa melayu dan inggeris

      44

      0
      • kena pada tempatnya ye.. says:

        bkn x boleh nk shortform, tapi mesti kena pada gayanyer, kalau x nk shortform, taip je ayat penuh..lagi bagus. Dlm Nara ni pun bkn semua org muda remaja, belia, atas umur belia pun byk.

        13

        0
        • Kaktie says:

          Ini akak sangat setuju!! Boleh juling mata membaca kalau ke laut shortformnya! Haa engkau.. gigih aku menaip tanda sokong! ?

          7

          0
      • entah says:

        hahaha kecut perut tahan gelak dengan ayat ko ni adoiiii

        3

        0
    • Anonymous says:

      tahnya susah sangat ke nak tulis aku = aq?? bongok!

      5

      0
  4. Emma Mama says:

    Move on je la Emma……
    Lelaki kalau betul sayang dan ikhlas, dia akan segera untuk halalkan hubungan.
    Dia akan sayang kita dengan cara betul.

    Aku tak rasa lah Kamal Adli ni tak berkemampuan langsung. Cuma dia jenis takut nak komitmen dan tak yakin dengan diri sendiri. Masih nak berseronok hidup bujang.

    So, jangan jadi bodoh tunggu orang tak sudi ya..
    Kiteorg pun dah muak cite basi on-off korang nih. K bye!

    20

    0
    • stingray says:

      bkn ke si kamal ni ajak kawen dah lama dah
      bkn si ema ni ke yg takde jwpn lagi
      dok kata ini kwn itukwn xde yg serius
      dia lupa kot ckp tu doa
      dah mendapat nak bunyi memacam

      4

      0
  5. perhati je says:

    pada sy.. emma ni cemburu tak bertempat.. jgn cari artis la emma.. ko cari je yg bkn artis.. kang khawin dgn kamal ko asyik cemburu je.. kejap je cerai.. gi jari laki yang bukan artis

    17

    1
    • wekkkkkkk says:

      retis ni nampak manusia dlm golongan retis je ke…dunia luar tu ada manusia lain ke.

      4

      0
    • Anonymous says:

      kalau emma kuat cemburu, why masa kamal berlakon dgn nelydia senrose in drama pergilah air mata, emma ok jek x melenting, even ‘chemistry’ between kamal & nely lagi lah real, ni semua kerana kamal x buat hal dgn nely.. tapi dgn zahirah plk ada ‘hal’…

      9

      0
      • Cik bunga says:

        Ala, tula kau x taw cite. Dlu masa si kamal ni berlakon dengan fathia pon si emma tu sentap. Cemburu buta. Tak kuasa nk layan pompuan mcm ni.

        13

        0
    • dot dot says:

      nak cari laki yg bukan artis susah kot sebab keje biase2 je. yg medium level sume dah kena rembat takpon cuak nak kawen dgn artis takut maintenance mahal. hihi! kalau hok ado pun yang tua tapi suami org.

      0

      0
  6. wawa says:

    kamal ni mmg tak pernah nak betul2 beri komitmen kat awek dia…sebab tu awek2 dia dulu semua lari…

    16

    0
  7. Mira says:

    Kamal pun canang sana sini cakap sayang emma gila gila, nak masuk minang la apa la, tp benda sensitif mcmni pun sorok dari emma. Sdgkan perbuatan kita sekarang (sebelum kawen) mencerminkan perangai kita nanti (selepas kawen). Kamal mcm saja buat perangai.

    9

    0
  8. Anonymous says:

    Aku rasa baik kau blah jelah Emma woi….siKamal tu bukannya cinta dengau kau pun….dia tu ada penyakit was2!!….dan bukan semudah itu nak mengahwini seseorang…..tengok jelah apa yang telah dia buat kat Intan Ladiyana!!….tapi aku puji Intan ,sebab telah mengambil keputusan yang tepat dan bermaruah dengan meninggalkan siKamal tu.Kamu pun aku harap ambillah keputusan seperti Intan tu Emma woi ,tak perlu tunggu lagi….blah jelah buat apa kau dok terhengeh2 lagi….dia dah tak memerlukan kau lagi dah!!….

    9

    0
  9. biarbetik says:

    Emma ni mmg kuat jealous la cuba tgok dulu ada sikit hari dia jealous dgn Fathia nasib baik Fathia pulak kaki jawab tak berani la dia…ni aku tak rasa si Zahirah nak Kamal…Zul tu handsome…Emma ni lum mature la…cara bual dia aja dah tau suara lengok cam budak2…sentap, merajuk, kuat nangis…senang kena cocok geng…cuba tengok geng2 dia semua makcik2 mesyuarat tingkap…walaupaun dia ni cantik dia ada cemburu tgok pompuan cantik lain…atau pun menopause siang

    14

    0
  10. elle says:

    dgn si emma prangai childish cmni, mmg mereput lah xde sape nak kt ko emma oii.. ko berlakon over dgn lelaki yg mengalahkan zahirah yg x bertudung tu ok plak xde nye si kamal ni nak kuar statement ke ape, aku rase kamal ni pon bosan dgn ko yg sket2 nak merajuk, bape kali nak suruh die pujuk pastu bgtau in public yg korg da berdamai. xkan nak tunggu kamal bg iphone X bru ko nak berdamai cm dlu.. pirahhh..

    15

    0
  11. yu says:

    klau silap harap maaf. tp emma ni byk cakap sgt lah dari dulu hingga kini.. ending putus! muak dgn kisah cinta emma x mature langsung. zahira walaupun muda tp matang fikir xder mcm bebudak. kau buang masa je emma…

    9

    0
  12. Anonymous says:

    Dh brcinta lbh 3thn nk bercinta x yah nikah ke apa..dh tu berkepit mcm laki bini nmpk murah sgt..

    3

    0
  13. Anonymous says:

    i big fan of u emma n zul
    bile korang nak besame dlm satu frame drama or filem?
    ape cite klo korang bedue kawin je…
    besssst laaaaah

    lop u ful zulemma

    1

    0
  14. Fido Dido says:

    Adik Emma oi… Ko ingat zahirah tu hadap ke dgn bf ko yg tonggek tu??? Come on, si zahirah tu dgn Zul yg jauh lagi hensem weh… Aku rs si Kamal tu yg prob, ni kaitkan pulak zahirah. Jgn childish sgt. Aku rasa dua2 ketul ni sgt budak2. Hak tui!

    8

    0
  15. Yana says:

    jgn salah kn Emma,, korang ade baca ke conversation antara zahirah dgn kamal? kamal yg main petik2 nama zahirah nk buat emma jeles bagai.. zahirah pon marah kamal.. korang pulak yg xde kt tmpt dorg marah.. mmg patut pon emma tinggalkan laki cmtu dr stay lama2 sampai tua pon tak kawen..

    6

    0
    • semah says:

      so kalau dah jeles sudah laaaa
      tak yah la putus segala bgtau satu dunia
      dah kenapa??? bopren nak bg jeles je kot
      g karaoke movie beramai
      bkn berdua

      2

      0
  16. makcikbawangputihsedap says:

    tolong la ema oi! tak matang langsung kau nih tengok.. kamal adli pon satu hal nak bg ema jelos pon x payah la nk etik nama orang,tak asal2 die kene tempias! ppodahhhhh

    2

    2
  17. senah lambak says:

    tahniah laaa
    emma n kamal adli..
    lepas nie aku conform nama hampa berdua naik utk terima gelaran DATUK…..
    sbb isu murahan korang nie……
    #viral..
    #poyosss

    4

    0
  18. Sara says:

    Kesian kat emma ni.. Perasan pakwe kena caras.. Kau kalau ada gambar zul ariffin tu dgn gambar kamal adli.. Kau letak sebelah2.. Kalau zahirah tinggalkan zul ariffin sbb kamal adli.. Zahirah org yg paling bodoh tau… Xpasal2 nk jelos..

    7

    0
  19. man says:

    gUYS, emma bukan childish… tapi dia mmg tak nak mamat tu… so ade can lari.. cabut la…fia nak cari yang stable.. dia loaded kut… kamal tu ape ade…

    4

    0
  20. Anon says:

    Aku tak rasa emma childish. Aku rasa sebab hubungan dia dgn zizan dulu yg zizan curang dgn dia yg emma jadi insecure dgn laki lain. Yela, kau dah kena tipu dgn bf ko sebelum so dgn bf baru mesti ada jugak insecure tu. Lagi2, kalau keluar tengok wyg semua bagai sapa tak jeles. Betul kata emma, asal tak ajak dia sekali and zul sekali. Aku bukan peminat emma tapi sebagai perempuan yg dh pernah kena tipu dgn laki, aku paham perasaan emma. Good job emma, ada laki lain yg wwy much better dari kamal ni kot

    4

    4
  21. suhaimah58 says:

    psl kepercayaan semuanya ni .. kalau terus terang je x jadi cmni #peace

    0

    0
  22. Eyeee says:

    hek eleyy..kecoh la si emma kembong ni..bajet org nak caras boyfriend dia yg gigi jarang tu..puihhhh…
    hello, zahirah punya boyfie 100x hot drpd bf ko tu..eh silap, ex bf!
    kes emma-kamal ni bukan baru sekali ni terjadi..sebelum ni pon pernah kan..dasar bercinta level kanak2..bodoh..
    tu la kesian, tak sekolah..ko duk diam2 jela emma, nnt dpt laki baru trus kawen je..semak!

    0

    0
  23. Daaa says:

    Mmg skit ati klu bf x jjur kn?mcmane gf ni nk prcya dan stia?xpe..emma,wlupun aku mmg mnyampah ngn ko..kli ni cer cr bf muda lg dr ko..alang2 ko pn msih gedik dan childish kn.aku nsihtkn ko emma,lain kli bla bf da srius nk kwin ngn ko,jgn bg byk alasan,bpak la,x ready la.nahh..skrg melopong la.

    0

    0
  24. kakak besaq says:

    MCM nie lah..xpayah lah nak besar2 kan hal yang x seberapa nie ema oii… yang si kamal pun sama perasan ensem…xpasai si zahirah ni kena sekali… mcm lah si zul arifin nak join skali….mcm ni ajak ka satu kampung join ema oi… lawak gak dengar statment si ema…

    1

    0
  25. anum says:

    kamal yg buat hal. bagus ko cabut emma

    0

    0
  26. lea weiss says:

    Sikap lelaki kebykkn mcmni lh..lg2 masih bujang sdgkn dh kawin pun nk jgk poya2..ala jgn dirantai sgt kaki..nnti makin byk ayat menipu keluar..buat sakit hati je..kalau tuhan dh atur jodoh tu ada & brpanjangan..lnsyaAllah..DOA & sangka yg baik akn dtg aura yg positif..jgn kecoh2..ramai cmpur tgn tu yg jadi gini..sabarlh emma

    2

    0
  27. Curiousmind says:

    Possible ke si emma ni baru nak saja je nak make things worse. The timing seems right, this happened after dia belakon dengan hilman tu. Adakah ini hanya sebagai alasan supaya dia dapat lepas dari Kamal?

    4

    0
  28. Anonymous says:

    Takpe lah emma awk ditipu sampai putus cinta dgn kamal.saya ditipu suami sampai bercerai.awk lebih bernasib baik ema.jgn jadi mcm sy.masa bercinta dulu dah tau kena tipu tp teruskan jugak kawen.skg dah 5 tahun kawen cerai sbb tau suami menipu siap nak sumpah dgn Al-quran, padahal menipu tu.Allah maha berkuasa.Dia tunjukkan segalanya

    0

    0
  29. ros says:

    “skg ni setakat berkawan shj belum bercinta lagi..”
    maknanya kemungkinan akan bercinta kan?

    kita tenguk aja cinta hati baru emma saper..
    dah ada calon. cepat kan?

    0

    0

Leave a Comment

Optional