Dakwa Ditipu, Emma Maembong Putus Cinta Dengan Kamal Adli

Hiburan

Dakwa Ditipu, Emma Maembong Putus Cinta Dengan Kamal Adli

Setelah percintaan dengan pelawak Zizan Razak putus di tengah jalan beberapa tahun lepas, p[elakon Emma Maembong diketahui ramai bercinta dengan pelakon Kamal Adli.

Hubungan mereka nampak berjalan seperti biasa namun kini Emma mendakwa Kamal menjalin hubungan dengan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam drama Duda Pujaan Dara.

Advertisement

Kepada BH Online, Emma telah membuat pengakuan bahawa hubungannya dengan Kamal Adli telah berakhir kerana Kamal Adli menipunya:

Bagi saya memanglah dia lelaki yang paling rapat dengan saya, yang sedang saya kenali dengan lebih rapat,tapi cukup sampai di situ sajalah. Saya rasa dah tiada jodoh, saya rasa dah cukup kenal dia, dan sampai di situ sajalah kot.

Bagi Emma, tindakan Kamal Adli untuk memperbaiki hubungan mereka hanya pada saat akhir sudah terlambat:

Sebenarnya memang ada beberapa isu yang cuba kami perbaiki. Baru nak pos gambar, baru nak minta maaf, baru nak berbaik-baik. Sebelum itu, kenapa tak bertindak lakukan semua itu dari awal? Bila saya dah kata, dah cukup semuanya, baru dia nak datang (berbaik-baik).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Emma juga menafikan dia sekadar cemburu buta:

Bagi saya, tak salah jika kami masih berkawan. (Mungkin) ada orang di luar sana akan nampak kami berjumpa, (kerana) saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Untuk berkawan, saya tak kisah, tetapi untuk bercinta, tidak kot.

Saya tidak menuduh siapa-siapa, kerana saya faham sebagai pelakon, kita kena menyokong sesama sendiri. Tak boleh ada sikap cemburu antara pelakon kerana memang kerja dia berlakon dengan mana-mana perempuan, kerja saya berlakon dengan mana-mana lelaki.

Tak logik untuk saya cemburu. Kalau saya cemburu, kenapa tidak dalam setiap drama saya kaitkan dia dengan mana-mana (pelakon) perempuan? Kenapa sekarang baru saya nak bersuara?

Kalau saya berlakon dengan sesiapa pun, jika orang kta suka chemistry saya berlakon dengan Alvin Chong, suka saya berlakon dengan Aiman (Hakim Ridza), habis berlakon, habis. Kami tidak masih berhubung atau keluar, pergi makan ke, memang tak ada. Habis penggambaran, habis.

Tetapi bila habis penggambaran, mereka (Kamal dan Zahirah) masih berhubung, pergi tengok wayang sama-sama, pergi karaoke, keluar diam-diam, tapi saya tak tahu. Bila saya tanya, betul ke awak ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku. Kenapa nak rahsiakan?

Emma bagaimanapun mengakui Kamal bukan keluar berdua saja dengan Zahirah:

Dia keluar berempat. Tetapi bagi saya, kalau tiada apa-apa, boleh saja ajak saya sekali. Boleh saya saja dia ajak pasangan dia Zul (Ariffin) ke, boleh je kita keluar beramai-ramai.

Aik? Hari itu kata tiada, sekarang kata ada, mungkin mereka tiada hubungan yang rasmi, tiada mengucapkan cinta, tetapi bagi saya jika sekadar berkawan perlu ke tipu?

Perlu ke bercakap tak pergi ke mana-mana, bila dah kantoi baru nak minta maaf.

Video tersebut boleh dtonton di bawah:


Apa kata Zahirah berkenaan perkara ini? Penulis akan bawakan dalam entri seterusnya. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...