Belum tamat nampaknya pendapat-pendapat peribadi mengenai vaksin diutarakan oleh aktres kita yang seorang ini.
Terbaru, Rita Rudaini kembali lagi dalam drama vaksin di mana masih lagi menguar-uarkan pendapatnya mengenai keburukan vaksin COVID-19 di media sosial.
POP | ‘Kalau hangpa kata kat oversea dah 100 peratus vaksin bukak mask, awat hang tak bukak mask? Kalut sangat. Cakap tak guna otak. Itu kami kata [hangpa semua macam] lembu. Lembu kacuk’ – Rita Rudaini pic.twitter.com/xxzjMYZVSv
— AWATNI Buzz (@AWATNINews) November 12, 2021
Tular pula video di mana Rita berkata dia adalah antara insan yang terpilih kerana dikurniakan akal fikiran yang baik untuk menolak pengambilan vaksin tersebut.
Kami nak habaq, kita ni sebenarnya insan terpilih, tuhan buka mata kita, Dia tak pilih orang yang pakai lebai ka, pakai jubah ka, belajaq kat London ka, Oxford ka pejadah semua, Tuhan berkehendak sesiapa saja yang Dia nak bukak mata (tentang keburukan vaksin).
Dalam pada itu, pelakon filem Anak Mami Junior ini turut mempersoalkan golongan yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin namun masih memakai pelitup muka sehingga berlapis-lapis apabila keluar dari rumah.
Malah, dia juga tertanya-tanya mengapa masih ada yang dijangkiti wabak pembunuh itu meskipun lengkap dua dos vaksin sebelum ini.
Rita kemudiannya menempelak golongan yang menerima vaksin ini sebagai orang yang tidak normal kerana terpaksa disuntik setiap tahun.
“Cucuk,cucuk,cucuk. Baik jadi penagih dadah je.” ujar Rita.
Dan seperti biasa, pasti ada saja netizen yang memuat naik komen yang lucu kerana sudah ‘alah bisa tegal biasa’ dengan gelagat Rita yang ingin dikenali sebagai ‘prosafe’ ini.