Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dakwa Dirinya Difitnah, Linda Rafar Tuntut Doktor Bayar Pampasan RM 4 Juta

Nampaknya kontroversi saman antara Linda Rafar mengenai isu jururawat belum lagi selesai.

Advertisement

Umum mengetahui, sebelum ini Linda telah memuat naik permohonan maaf kepada semua pihak atas tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman 100 netizen. Katanya, pada bulan Ramadhan yang mulia, beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan pada masa yang sama turut memaafkan mereka yang mengecam dirinya sebelum ini.

Namun, seorang doktor popular Dr Rusyainie Ramli mendedahkan permohonan maaf itu dibuat kerana pihak terbabit sudah kalah saman.

Disebabkan perkara itu, Linda kini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Rusyainie dan menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM 4 juta. Menurut Linda, Dr Rusyainie telah melemparkan fitnah melalui Facebook sehingga dirinya kembali dikecam.

Advertisement

Ekoran penulisan itu juga, Linda mendakwa telah menerima persepsi negatif daripada masyarakat meskipun apa yang disebarkan itu tidak benar.

Selain Dr Rusyainie, Linda  telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta. Keempat-empat individu yang didakwa telah mencalarkan imej selebriti tersebut telah diberi tempoh tujuh hari untuk maklum balas sebelum tindakan undang-undang diteruskan terhadap mereka.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 Comments

  1. Anony

    May 31, 2019 at 8:28 am

    Apa kes doktor ni up balik story? Benda dh settle tu settle la. Aku tak support Linda tapi kalau kena aku pun mmg aku hangin kot. Dh minta maaf kn. doktor ni lapar like nak tumpang famous ke? Tak paham btl tujuan dia

    • Anonymous

      May 31, 2019 at 9:11 am

      Kes lama linda bawa balik doktor tu dah senyap lama dah…. tapi linda up balik tak puas hati…. nak main2 dimakhamah mana tau nasib mcm awal ashari

  2. Lucinta Lusuka

    May 30, 2019 at 11:33 pm

    Wow.. Pandai buat duit na… Juta2 bak hang..

  3. Aida Musa

    May 30, 2019 at 8:57 pm

    Doctor askar dia ni, keje main-main suka cari publisiti. MO je, pergi buat masters kena buang sebab failed 3 kali. KKD hantar buat ceritificate of aviation medicine di australia, certificate je. Dia duk buat kerja admin je pun, clinical stakat theory. Tapi bab medical mythbusters team tu aku support dia, cuma kes linda ni dia yang lebih2. Nurses dah diam, dia berbunyi pulak. Saman je lindaaa .. ajar sikit doctor2 yang blajar halfpast six ni! Linda dah minta maaf, nak macam2 lagi. Lagipun kes tu settle dekat mediation bukan masuk court pun. Lain kali kau draft surat maaf tu suruh linda post exactly like wat linda did, she gave drafted letter and ask people to fill in info. Dalam undang2 benda tu diterima. Dia ingat dia doktor, hebat sangat. Kau dapat medic sebab kuota atm je prempuan oiiii

  4. Xxx

    May 30, 2019 at 4:25 pm

    Hmmm…dia buat org X pe..org Henrik dia sket pun x leh..hmmm

  5. Anon

    May 30, 2019 at 4:14 pm

    Ni mesti ada yg x kena dlm hidup…asyik2 nak saman je. Tak penatke?

Loading...
To Top