Nampaknya kontroversi saman antara Linda Rafar mengenai isu jururawat belum lagi selesai.
Umum mengetahui, sebelum ini Linda telah memuat naik permohonan maaf kepada semua pihak atas tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman 100 netizen. Katanya, pada bulan Ramadhan yang mulia, beliau tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan pada masa yang sama turut memaafkan mereka yang mengecam dirinya sebelum ini.
Namun, seorang doktor popular Dr Rusyainie Ramli mendedahkan permohonan maaf itu dibuat kerana pihak terbabit sudah kalah saman.
Disebabkan perkara itu, Linda kini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Rusyainie dan menuntut permohonan maaf secara terbuka dan juga pampasan sebanyak RM 4 juta. Menurut Linda, Dr Rusyainie telah melemparkan fitnah melalui Facebook sehingga dirinya kembali dikecam.
Ekoran penulisan itu juga, Linda mendakwa telah menerima persepsi negatif daripada masyarakat meskipun apa yang disebarkan itu tidak benar.
Selain Dr Rusyainie, Linda telah menghantar tiga pucuk surat tuntutan yang serupa kepada tiga pihak lagi untuk menuntut pampasan sebanyak RM1.5 juta. Keempat-empat individu yang didakwa telah mencalarkan imej selebriti tersebut telah diberi tempoh tujuh hari untuk maklum balas sebelum tindakan undang-undang diteruskan terhadap mereka.

mimi
May 31, 2019 at 11:42 pm
btw Dr ninie ni mmg suke mencapub kadang benda takde pon jadi ade, teringat nurse yg pegi rumah urut bonda tu… siap ugut2 nurse tu sbb pegi sne buat review.. plus Dr ninie mmg suke fitnah org byk gak la kes dr ninie ni suke mencapub . dr apa kaedahnye ni byk naw mse dgn tenet2 ni..
ciK piNgu
June 2, 2019 at 10:30 am
omg serius la perangai doktor ni hazab mcm ni??
dh kenapa plk dia nk mrh nurse oegi rawatan Rumah Hutan Bonda Rozita tu?
Mimi
June 2, 2019 at 3:30 pm
katenye ubat2 bonda xde kkm spe suh nurse tu support…
Makcik Cabai
May 31, 2019 at 10:49 am
Go Linda Go…
Makcik sokong kau nak…
Orang dah maafkan… lagi dituduh macam2…
Buktikan kat netizen ni Linda di fitnah…
Duit yang dapat tu… jangan lupa bayar zakat tau…
bong cit
May 31, 2019 at 10:09 am
adoi dh kalah ritu nmpk konon dh insaf…ni nk saman plak..tau la sendu job dh xda nk buat kos sara hidup la tu…saman x beragak…nmpk sgt terdesak duit…