Dakwa Diri Sebagai Pegawai Kastam, Anggota Polis Layan Sampai “Scammer” Letak Panggilan

Trending

Dakwa Diri Sebagai Pegawai Kastam, Anggota Polis Layan Sampai “Scammer” Letak Panggilan

Sehingga kini, bagai tidak henti-henti tular berkenaan jenayah penipuan melalui panggilan sehingga ramai dalam kalangan masyarakat dilihat terpedaya dengan “scam” yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Lebih perit, mereka juga akan menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank, malah akan bertindak secara kasar bagi menakutkan-nakutkan mangsa dengan tuduhan atau kesalahan yang palsu sehingga terpedaya dengab tipu helah mereka.

Advertisement

Tidak ketinggalan, jumlah kerugian juga difahamkan melibatkan ratusan ribu ringgit.

Namun begitu, sesiapa sahaja berkemungkinan akan menjadi mangsa jenayah ini termasuklah anggota polis.

Menerusi perkongsian Polis Kedah di laman Facebook, jelas ternyata video memaparkan seorang anggota polis mendapat panggilan dari ‘scammer’ tersebut.

Advertisement

Namun begitu, Koperal Suraya dilihat ‘melayan’ sahaja panggilan yang didakwa dari ‘pegawai kastam’ tersebut.

Individu terbabit menyatakan Suraya perlu membayar cukai sebanyak RM3890.00 hasil pembelian barangan dari luar negara. Namun, setelah disiasat ia merupakan satu penipuan yang dilakukan scammer terbabit. Rentetan kejadian, beliau mengambil keputusan untuk memutuskan panggilan bersama Suraya.

Sumber: Polis Kedah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...