Dakwa Diri Ada ‘Saka’, Bapa Kejam Jadikan Anak-Anak Perempuan ‘Hamba’ Seks Seawal Usia 12 Tahun

Berita

Dakwa Diri Ada ‘Saka’, Bapa Kejam Jadikan Anak-Anak Perempuan ‘Hamba’ Seks Seawal Usia 12 Tahun

Terbongkar satu rahsia seorang lelaki apabila dia menjadikan anak-anak perempuannya yang berumur 19 dan 15 tahun sebagai ‘hamba’ seks sejak umur 12 tahun serta mendakwa sebab melakukannya kerana diri memiliki ‘saka’.

Perbuatan jijik yang dilakukan oleh lelaki berusia 50-an itu diketahui si isteri pada 5 September lalu semasa pergi ke bilik tidur anak keduanya dari tiga beradik di Melaka Tengah.

Advertisement

Akibat terkejut disergah isteri, suspek telah mengugut ingin membunuh isteri, anak kedua serta anak bongsu seandainya isteri membuat laporan kepada pihak polis.

Isteri mengambil peluang melarikan diri bersama anak-anak ke rumah isteri pertama semasa suspek sedang membuat kerja di komputer dan meminta anak pertama untuk terus pulang ke rumah ibu tirinya.

Difahamkan melalui siasatan, anak kedua telah dirogol sejak tahun 2019 dan kali terakhir diperkosa adalah 5 September yang lalu, manakala anak sulung pula diperkosa sejak tahun 2015 hinggalah 2019.

Suspek akan ugut untuk tidak mengaku mangsa sebagai anak selain akan merotan dan mengurungnya di rumah jika hal itu diceritakan kepada si ibu.

Dalam pada itu, menurut sumber, anak sulung terpaksa melayan nafsu bapanya sejak usia 12 hingga 16 tahun dan suspek akan mengugut untuk menceraikan, membunuh atau cederakan ibu mangsa seandainya dia memberitahu hal ini kepada orang lain.

Susulan itu, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama 14 hari bermula 10 September hingga 23 September supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

cabul
3 years ago

"Mama Jangan, Sakit!" - Mengadu Pedih Bila Buka Seluar, Bapa Kantoi Jadikan Anak Pemuas Nafsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...