Sekali lagi kisah masalah peribadi antara penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan ibunya kandunganya menjadi perhatian ramai.
Sudah beberapa kali juga mereka bersengketa dan pernah juga penyanyi itu dituduh sebagai anak derhaka kerana membelakangkannya.
Terbaru, ibu Sufi meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya. Ada pihak yang cuba menghalangnya dan adik-beradik Sufi untuk hadir ke majlis tersebut.
“Diperlakukan seperti penjenayah.
Ada anasir jahat hasut singkirkan
saya dan anak-anak”
Kesal dengan perangai menantu yang
tidak mengendahkan ibu mertua
“Semoga diberi hidayah buat semua
anasir jahat yang menghasut”
Bukan kali pertama salah faham antara dua beranak ini berlaku dan setakat ini pihak Sufie dan isteri belum lagi memberikan sebarang respon mengenai isu ini. Apa-apa pun, kami harap mereka dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik, tidak manis untuk ibu dan anak terus bermasam muka.