Dakwa Difitnah Raja Azmi, Adam Davin Buat Laporan Polis

Hiburan

Dakwa Difitnah Raja Azmi, Adam Davin Buat Laporan Polis

Berdebar-debar juga kami apabila membaca laporan Harian Metro Hari ini, yang pelakon baru Adam Davin, 25, diberitakan telah membuat laporan polis, mendakwa dirinya telah difitnah oleh penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

Menurut Adam Davin, Raja Azmi telah menggunakan media sosial untuk memburukkan dirinya dengan mengatakan dia menipu wang pelakon lain, gemar mencuri dan baju tajaan yang dipinjam pula tidak dipulangkan.

Advertisement

Buat pengetahuan anda, memang ada akaun Facebook yang mendakwa Adam seorang penipu dan dakwaan ini ditaip di wall Facebook orang lain.


Ini menurutnya, berlaku setelah Adam menarik diri daripada menaja pembikinan sebuah filem milik Raja Azmi bernilai RM1.4 juta.

Menurut Adam:-

Saya tidak pernah berurusan dengannya sebelum ini, namun selepas bertemu beberapa kali, saya bersetuju menaja filem itu bersama seorang rakan lain dan Raja Azmi turut menawarkan watak hero dalam filem yang dijadualkan menjalani penggambaran awal bulan ini.

Bagaimanapun selepas saya sedar dan mendapati produser itu seorang yang bermasalah termasuk turut memburukkan nama saya di laman sosial, saya menarik diri sebelum sempat menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM500,000 kepada beliau.

Beliau berkata laporan polis dibuat untuk menghentikan fitnah yang dilakukan oleh produser tersebut.

Seminggu kebelakangan ini Raja Azmi dengan lantang memberitahu pidak media yang Adam menggunakan namanya untuk menipu orang lain.

Sementara itu, Raja Azmi yang kini berusia 53 tahun, akan mengadakan satu sidang media khas berhubung isu tersebut pada hari Khamis.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...