Dakwa Dah Jadi ‘Allahyarham’, Lelaki Ini Terkejut Isterinya Dapat Surat LHDN. Tuntut Hutang Cukai.

Trending

Dakwa Dah Jadi ‘Allahyarham’, Lelaki Ini Terkejut Isterinya Dapat Surat LHDN. Tuntut Hutang Cukai.

Seorang lelaki telah memuatnaik status di laman Facebooknya di mana dia menyatakan terkejut selepas menerima sepucuk surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan dia sudah menjadi ‘allahyarham’.

Advertisement

Surat yang ditujukan kepada isterinya. Berdasarkan petikan dalam surat, pihak LHDN menuntut isteri beliau melangsaikan hutang cukai Allahyarham Amran Bin Mohamed yang masih berbaki RM1728,50.

Beliau menyatakan lagi, sebelum membuka surat itu dia menyangka adalah lebihan bayaran balik tahun lepas yang tidak dibayar balik oleh pihak LHDN kerana setiap dua tahun selepas isytihar e-filling dia akan menerima bayarana.

“Setelah surat dibuka, alangkah terkejutnya saya bila isi kandungan surat tersebut menyatakan mohon pewaris iaitu isteri saya supaya menjelaskan baki yang masih terhutang kerana penama sudah meninggal dunia.”

“Selain itu, surst itu turut meminta isteri saya memberikan maklumat seperti nama, alamat dan waris serta salinan sijil kematian.”

“Untuk makluman pihak LHDN cawangan Negeri Terengganu, penama masih belum lagi meninggal dunia dan tidak ada hutang atau baki yang tertunggak, saya ada bukti tiap2 tahun bayar income tax,” tulis beliau di laman Facebooknya.

Beliau juga memohon pihak LHDN memeriksa kakitangan yang melakukan perkara demikian yang menyusahkan dia terutamanya melibatkan soal kematian.

Memetik hasil temubual dengan Harian Metro pula, Amran yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia tidak pernah mengabaikan soal pembayaran cukai pendapatan.

“Setiap bulan cukai pendapatan saya dipotong dan majikan membuat bayaran kepada LHDN.

“Saya pelik kenapa pihak LHDN melakukan kesilapan sebegitu sedangkan nama saya dan isteri serta alamat yang ditujukan adalah tepat,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu sebagai satu kesilapan dilakukan LHDN.

“Saya harap perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang terhadap diri saya dan orang lain.

“Soal mati jangan dibuat main boh,” katanya lagi.

Sumber: Amran Mohamed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...