Dakwa Boleh Sembuh Segera, Dr Malar ‘Sound’ Lelaki Sebar ‘Tips’ Untuk Pesakit Kanser – “Apa Benda Info Mengarut Awak Share Ni?”

Kehidupan

Dakwa Boleh Sembuh Segera, Dr Malar ‘Sound’ Lelaki Sebar ‘Tips’ Untuk Pesakit Kanser – “Apa Benda Info Mengarut Awak Share Ni?”

Doktor yang popular di media sosial dan mempunyai ramai pengikut, Dr Malar Santhi menyelar kenyataan seorang individu yang memberi ‘tips’ untuk sembuh penyakit kanser.

Tulis individu itu di laman sosial Threads, pesakit kanser boleh sembuh dengan kadar segera sekiranya mengamalkan puasa air dan tidak memakan makanan karbohidrat selama 70 hari.

Advertisement

Apa benda info mengarut awak share ni? Tahu tak apa punca kanser? Tahu tak kat mana akar kanser? Apa kaitan kanser dengan carbs and water? Tolong jangan “seksa” pesakit kanser.

Threads Dr Malar

Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna Threads yang menyokong tindakan Dr Malar memarahi individu berkenaan.

Kata seorang individu, rakyat memerlukan lebih ramai lagi doktor yang tampil bersuara menyelar mereka yang memberikan tips tidak masuk akal dan menyebarkan maklumat salah.

komen netizen komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

di Indonesia kanser di Malaysia rupanya gerd
2025-08-25 12:02:32

Individu Disahkan Kanser Usus Oleh Doktor Di Indonesia, Rujuk Ke Hospital Malaysia Rupanya Hanya 'Gerd'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...