Baru-baru ini, pihak Boom telah mendedahkan satu berita mengejut mengenai ‘rahsia gelap’ seorang pelakon lelaki yang sebelum ini pernah mendakwa dirinya terkena buatan orang hingga tiada tawaran diterima.
Difahamkan, kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media oleh pelakon lelaki tersebut semuanya tipu.
Identiti pelakon berkenaan masih belum diketahui tetapi dia sebelum ini pernah berkata berat badan turun mendadak hingga 20 kilogram akibat terkena buatan sihir.
Bagaimanapun, timbul dakwaan lain mengatakan pelakon terbabit hilang berat badan terlalu banyak kerana menghisap dadah.
Mujur tak kecoh isu dia pukul bini. Kalau tidak terbuka pekung.
Bukan itu saja, malah kelakuan teruk lain yang dilakukan oleh pelakon itu adalah dia juga sudah hilang pertimbangan hingga isteri menjadi mangsa pukul dan kejadian tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis.