Meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengenai rumah tangganya sehingga beliau sah bercerai, anak kepada chef selebriti Chef Wan iaitu Serina Redzuawan tidak pernah membuka aib bekas suaminya ataupun bercerita mengenai punca mereka berpisah.
Namun, kesabaran setiap wanita itu ada hadnya apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak tercinta. Menerusi perkongsian Serina di akaun Instagram, beliau nyata tidak dapat menahan lagi rasa kecewa dan sabarnya apabila bekas suami Gavin Edward O’Luanaigh sering menafikan haknya untuk bertemu dengan anak-anak.
Bukan itu sahaja, Serina juga mendakwa Gavin ditangkap berkhalwat di dalam rumah dan risau akidah anak-anaknya akan terpesong kerana mereka berada di rumah yang sama ketika kejadian itu berlaku. Kini, Serina sudah nekad untuk berjuang mendapatkan hak penjagaan anak-anak sepenuhnya.
Chef Wan menerusi akaun Instagram juga turut membuat beberapa pendedahan tentang sikap sebenar menantunya itu. Beliau juga kesal Gavin tidak menjaga cucu perempuannya, Isabella Saffiya dengan baik sehingga matanya lebam.
Serina dan Chef Wan akan menyerahkan kes ini kepada mahkamah dan akan berjuang habis-habisan untuk menuntut keadilan daripada Gavin yang dikatakan sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak pernah percaya dengan agama Islam.
Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef dan Isabella Safiyya. Mereka sah bercerai talak satu pada 1 Ogos 2017.
Che ta kodiang
March 21, 2018 at 9:13 am
tgk perangai cef wan ni aku dh agak semua anak2 dia akan bercerai-berai…sbb apa? 1 je sbb nye..sbb mulut semua binasa..
1. mulot bontot ayam..potpet2
2. dia je nk berckp mcm murai tercabot ekor
3. perli org kdg2 berbisa mcm ular
Anonymous
March 22, 2018 at 9:40 am
aku x respect chef wan last bila dia cakp pasal nak bekap sgt cina pasal anjing ke babi dulu tu..pastu cerita pasal udang ikan kena sembelih…mmg bangang chef wan…aku minat serina je
Anonymous
March 21, 2018 at 1:08 am
Lg mudah org pjbt agama nk wat koje ni, ada kes tngkp khalwat. Apalg gi lh serina buat aduan n tarik balik jagaan ank2 n pastikn ex laki engkau tu murtad ke apa, kalau msh Muslim ada rumit sikit lah kan.
anonymous
March 20, 2018 at 11:45 pm
ex somi dia islam lagi ke
Din
March 20, 2018 at 7:35 pm
Tingat dulu ada chef wan bg statement masa serina kawin, dia nk cari MENANTU BKN HANTU! Hmmmm